Mierul Aiman Tayang Gambar ‘Sixpack’, Netizen Tak Keruan -” Garing! Tengok Lama-Lama Auto Bergetar Ovari”

Pelakon semakin meningkat naik, Mierul Aiman semakin mendapat tempat dihati peminat selepas lakonannya dalam drama bersiri popular, Projek Council memberikan impak yang besar sekaligus melonjakkan karier lakonannya.

Menerusi perkongsian terkini di Instagram, Mierul sekali lagi mencuri perhatian selepas memuat naik fotonnya tidak berbaju pada Rabu.

Menurut Mierul atau nama sebenarnya, Muhammad Amirul Aiman Norazman, 25, foto itu dimuat naik sempena drama terbaharu lakonannya yang akan ditayangkan di Viu berjudul, Two World.

“Salam perkenalan, Ghazi. Persiapan seorang aktor bermula,” tulisnya.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meninggalkan pelbagai respons termasuklah ada yang ‘melting’ melihat tubuh aktor tersebut.

Malah, tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen jijik di ruangan berkenaan.

 

Salma Syahbuddin