Hiburan By: Fatin Nurain March 21, 2024 @ 2:59pm

‘Mimpi Atau Realiti’ Buah Tangan Amad Fadhlin

Penyanyi Amad Fadhlin kini tampil dengan single terbaharunya yang berjudul, Mimpi Atau Realiti.

Mengetengahkan genre ‘pop’ dan elemen muzik tradisional serta hindustan, artis di bawah naungan Suria Records (SRC) ini tidak pernah berputus asa untuk menempa nama dalam industri muzik tanah air.

Menurut Amad, ‘Mimpi Atau Realiti’ ini sebuah karya yang indah dan berharap lagunya ini mendapat tempat di hati peminat.

“Saya sentiasa mahu mencuba pelbagai genre mencabar diri saya untuk membawa lagu yang lebih ‘catchy’.

“Lagu yang dikompos oleh seorang produser hebat tanah air iaitu Mas Dewangga ini berkisahkan mengenai seorang yang lelaki yang menyukai seorang wanita dan sentiasa berasa rendah diri dan ‘mimpi’ untuk mendapatkan wanita tersebut.

“Saya berharap lagu saya kali ini dapat diterima umum khususnya anak muda zaman kini,” katanya.

Sedikit info, Amad sebelum ini pernah tampil dengan single yang berjudul Melodi Cinta, Sudah dan Tetap Setia.

Malah, penyanyi itu juga pernah menyanyikan semula lagu Sejarah Mungkin Berulang nyanyian asal kumpulan New Boyz.

Orang ramai boleh mendengar lagu ‘Mimpi Atau Realiti’ boleh dimuat-turun di iTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, dan Spotify.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 9 Apr 2022

“Undang-Undang SIRIM Dilakukan Untuk Banteras Pelitup Muka Kualiti Hauk Di Pasaran” – Jovian Mandagie

Ini respons Jovian Mandagie mengenai isu pelitup muka bukan perubatan perlukan SIRIM..

Hiburan Tue, 6 Feb 2018

ZIZAN RAZAK DEDAH SIAPA WANITA LEMAH LEMBUT ITU

Tweet yang diletakkan dengan hashtag #lelakijangantertipu nyata mendapat perhatian peminat dan pengikut beliau seramai 2.64 juta di laman tersebut

Featured Thu, 10 Feb 2022
Hiburan Sat, 6 Jan 2018

Hubungan Kami Setakat Di Sini Sahaja

Isma AF mengakui bahawa kini hubungannya bersama suami tidak dapat diselamatkan lagi.

Contest Thu, 25 Apr 2019

xtra好康头 | 送你黎明《METRO LIVE》云顶演唱会入门票

xtra好康头送你《黎明「METRO LIVE」云顶演唱会》入门票,让你沉浸在青春的满满回忆中!