Minta Padam Rakaman Bigo, Fathia Latiff Akui Kesilapan

Menjangkau usia 30 tahun, Fathia latiff mengakui dia tidak mahu lagi mengulangi kesilapan lalunya dan berharap agar mana-mana pihak yang telah memuat naik video tariannya di laman Bigo sebelum ini agar memadam video tersebut. 

“Saya mohon kepada sesiapa yang ada memuat naik video live Bigo itu, saya minta untuk padam rakaman tersebut. Saya sedar kesilapan lalu dan tak mahu lagi video itu terus berada di laman sosial terutamanya di Youtube. Saya tak mahu generasi saya akan datang menonotn video tersebut. Kesilapan itu telah menjadi iktibar untuk saya dan merupakan pengajaran yang sangat berguna.” Katanya.

Bagi Fathia sendiri, dia tidak mahu terus menerus mengulangi kesilapan lalu dan apa yang lebih penting sekarang ini adalah, berubah menjadi seorang individu yang lebih baik dan terus fokus untuk memajukan karier beliau.

“Saya kena teruskan kehidupan dan tak nak fikir lagi pasal kontroversi lama. Kalau fikir benda itu ia hanya akan membuatkan saya semakin ke belakang. Saya pun dah tak larat nak cakap tentang isu lama dan tak mahu kes itu membuatkan saya semakin tenggelam. Apa yang saya nampak, kesilapan dulu membuatkan saya jadi lebih baik dan merupakan satu anjakan dalam hidup saya untuk tidak mengulanginya lagi.” Jelas Fathia.

Dalam perkembangan lain, Fathia bakal muncul dengan single terbarunya dan bakal memulakan penggambaran drama beliau tidak lama lagi.

Pemilik nama Nur Fathia Abdul Latiffi ini ditemui ketika Malam Anugerah Mood Republik 2018 dan turut membawa pulang Anugerah Growing Business of The Year pada Sabtu.

Salma Syahbuddin