Minta ‘Sponsor’ Majlis Resepsi Gara-Gara Tiada Bajet, Abang Viva Perjelas Niat Sebenar

Sukarelawan terkenal, Azwan Omar atau lebih mesra disapa Abang Viva hangat menjadi perbualan ramai selepas status Facebook miliknya disalah erti oleh segelintir pihak.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Abang Viva meminta orang ramai sekiranya boleh memberi sponsor untuk majlis bersanding yang akan berlangsung pada 31 Disember di Melaka.

“Assalamualaikum. Saya Azwan Omar (Abang Viva) akan membuat majlis resepsi perkahwinan pada 31 Disember 2022. Bertempat di Taman Pengkalan Indah (rumah Mak Ayah)

“Tetapi buat secara kecil-kecilan sahaja (budget tak ada).. Saya mohon doa dari semua untuk majlis kami nanti…(kalau ada nak sponsor boleh DM. Dialu-alukan sangat).. Sekian terima kasih,” tulisnya.

Menyedari namanya menjadi tumpuan, Abang Viva menerusi hantaran status Facebook yang baru tampil menjelaskan maksud sebenarnya.

“Assalamualaikum.. Pertama saya minta maaf pasal post saya yang lepas. Berkenaan isu sponsor, kalau tengok betul-betul itu saya buat gurauan.

“Minta semua jangan besarkan isu ini. Niat saya hanyalah untuk memberitahu kepada semua tentang majlis yang akan diadakan.

“Tak sangka banyak admin di page-page membesarkan isu sponsor sahaja. Itu yang dihighlightkan. Kalau diikutkan tinggal beberapa hari saja lagi.

“Jika betul saya nak sponsor saya dah update sebulan lepas. Maaf sekali lagi diatas salah faham ini,” tulisnya.

Sebelum ini, nama Abang Viva meraih tumpuan ramai setelah disyaki berkahwin tanpa restu keluarga.

Artikel Berkaitan:Didakwa Nikah Tanpa Pengetahuan Keluarga, Abang Viva Tampil Buka Mulut – “Dah 5 Kali Cakap Pada Mak, Cuma Mereka Tak Setuju Dengan Pilihan Hati Saya…”

Aqilah Paharuzi