Penyanyi rap kumpulan K-Clique, MK mendedahkan ada pihak cuba memburukkan namanya melalui perbualan palsu di WhatsApp.

MK mendedahkan perkara itu di IG Story dengan menunjukkan screen-shot perbualan WhatsApp palsu tersebut.

“Ini bukan WhatsApp aku dan perbualan ini tidak pernah wujud. Orang yang ada WhatsApp aku tahu aku macam mana.

“Yang tahu aku, tahu aku tak pernah mahu cakap benda-benda bodoh begini. Tapi terima kasih atas usaha nak jatuhkan aku.

“Kalau betul ini saya, saya benarkan dia untuk tunjuk nombor di sebalik nama MK di gambar WhatsApp itu. Keluarkan nombor,” katanya.

Dalam perbualan palsu itu, penyamar MK mengutuk dan memanggil penonton di Keningau, Sabah sebagai ‘jakun’ ketika persembahan dijayakan K-Clique.

Susulan itu, dia mencabar individu berkenaan untuk bersemuka jika benar tidak sukakannya.

“Dan untuk orang yang mereka benda ini, aku doakan kau murah rezeki. Kalau betul tak suka saya boleh DM (mesej peribadi) aku.

“Boleh jumpa cakap dengan aku. Tak payah mahu guna cara busuk begini,” kata penyanyi berasal Tawau, Sabah itu.

Oleh: Guy Masaki

Sumber foto: Instagram @hairiwhuut

Del14