Categories: HiburanTrending

MPO Bawakan Simfoni Budaya: Keroncong & Ghazal Bersama Yusni Hamid, Haziq Rosebi & Asmidar

Orkestra Filharmonik Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Orchestra – MPO) akan mempersembahkan sisi muzik yang berbeza apabila ia mempersembahkan konsert bertemakan Simfoni Budaya: Keroncong & Ghazal pada Sabtu, 2 Mac 2024 jam 8.30 malam di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Konsert yang bakal dipimpin oleh Ahmad Muriz Che Rose ini akan menyaksikan rangkuman tradisi dan muzik yang harmoni dalam satu keraian budaya yang gemilang. Kali terakhir MPO mempersembahkan konsert bertemakan tradisional ialah pada tahun 2012 melalui konsert Keroncong Merdeka.

Konsert kali ini akan menampilkan semula biduanita legenda Datuk Yusni Hamid di pentas DFP dan beliau akan berkolaborasi dengan penyanyi angkatan generasi baru Haziq Rosebi dan Asmidar. Kombinasi dinamik ini bakal menjadi sebuah sinergi untuk kelangsungan legasi irama keroncong dan ghazal agar terus hidup dan tidak hilang ditelan zaman.

Layari perjalanan indah apabila irama keroncong dan ghazal bergabung dengan keunggulan muzik MPO melalui karya malar segar seperti Sayang Di Sayang, Bisikan Hati, Dari Hati Ke Hati, Jauh Di Mata, Penawar Rindu, Seri Mersing, Empat Dara, Juwitaku Sayang dan Selasihku Sayang.

Kesemua lagu-lagu ini bakal digubah untuk persembahan orkestra oleh Luqman Aziz, Ilham Subri, Azhad Sulaiman dan Ahmad Muriz Che Rose sendiri.

Dapatkan informasi mengenai pembelian tiket dengan melayari laman web www.mpo.com.my

Padin