Muat Naik Foto Bayi Baru Lahir, Michelle Yeoh Jadi Ibu Pada Usia 61 Tahun

Pelakon antarabangsa kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh, 61, mengumumkan berita gembira kelahiran anak sulungnya bersama suami, Jean Todt, 77.

Menerusi hantarannya di Instagram, dia berkongsi foto sambil memegang kaki bayi dan menyatakan rasa gembira dengan kehadiran cahaya mata tersebut.

“A little miracle on the first day of 2024. We are truly blessed. Can’t tell you how happy I am for this very very special bundle of joy,” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen Michelle juga dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada rakan-rakan industri seni dan warganet.

Sementara itu, berita gembira tersebut menimbulkan tanda tanya tentang status bayi berkenaan gara-gara usia Michelle yang berisiko untuk hamil.

Malah, ada yang membuat beberapa andaian bahawa bayi itu adalah cucunya atau melalui ibu tumpang atau mereka mengambil anak angkat.

“Lahirkan anak pada usia 61 tahun? Mungkin itu cucu dia.

“Dia tak ada anak, tak mungkin bayi itu cucunya.

“Sama ada anak angkat atau ibu tumpang. Banyak cara nak ada anak zaman sekarang,” komen netizen.

Untuk rekod, Michelle dan Jean selamat mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2023 selepas dikatakan mengikat tali pertunangan sejak tahun 2004.

Baru-baru ini, Michelle juga pulang ke Malaysia untuk meraikan majlis perkahwinannya yang diadakan di Ipoh, Perak.

Maya Basir