Muatnaik Gambar ‘Anu’, Apa Motif Zahirah Mcwilson Hack Instagram Zul Ariffin?

Sabtu lepas kecoh mengenai pelakon Tombirou ini memuat naik gambar kemaluan beliau melalui insta story nya. Namun, selepas sahaja pelbagai spekulasi mengenai penyebaran gambar tersebut, kini timbul pula kontroversi mengenai siapakah dalang disebalik penularan gambar tersebut baru-baru ini. 

Dan, apa yang lagi memeranjatkan, netizen mula menyifatkan bahawa tindakan tersebut dilakukan oleh bekas kekasih beliau sendiri iaitu, Zahirah Mcwilson. 

Dan ini adalah antara muat naik dilaman twitter yang menyifatkan dalang disebalik kejadian tersebut adalah Zahirah. 

Nampaknya, ramai diantara pengguna Twitter melabel Zahirah sebagai orang yang bertanggungjawab menggodam akaun instagram Zul Ariffin lantas memuat naik gambar tersebut. Tetapi, Zahirah akhirnya tampil menolak dakwaan tersebut dengan mengatakan beliau mempunyai perkara yang lebih penting daripada melakukan kerja-kerja sebegitu. 

Namun, selepas sahaja menepis dakwaan tersebut, Zahirah sekali lagi dikatakan beliau sama sekali tidak mustahil berbuat demikian kerana sebelumini pun beliau berani berswafoto berhampiran jenazah ibu kepada bekas teman lelakinya itu. 

Namun, apapun yang berlaku disebalik muat naik gambar ‘anu’ tersebut, diharap pihak yang terlibat terutamanya netizen kenalah berhati-hati sebelum membuat kesimpulan tentang dalang disebalik kejadian tersebut. Bak kata pepatah, “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.”

Salma Syahbuddin