Hiburan By: Maya Basir February 3, 2024 @ 4:37pm

“Mungkin Tak Sampai Ke Telinga Yang…” – Imran Ajmain Undang Ke Konsert, Fazley Yaakob Tak Dapat Hadir Kerana…

Penyanyi Imran Ajmain memberitahu ada menjemput teman baik dan bekas majikan iaitu chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob serta keluarga ke Konsert Malam Seribu Tahun yang diadakan di Menara Ken, Taman Tun Dr Ismail, semalam.

Menurut Imran, dia bagaimanapun tidak pasti sama ada undangan ke konsert itu disampaikan kepada Fazley atau sebaliknya memandangkan mereka tidak hadir pada malam pertama.

“Memang saya jemput, cuma saya rasa mungkin pesanan itu tak sampai atau sampai ke telinga yang tak mahu mendengar.

“Jadi, saya hanya doakan yang baik dan harapkan yang sama sahaja.

“Apa-apapun, saya gembira melihat kehadiran Raf Yaakob (adik Fazley),” katanya.

Terdahulu, isteri kepada Fazley iaitu Datin Azrene Soraya memuat naik hantaran di Instagram Story meluahkan isi hati mengenai tidak menerima sebarang jemputan untuk acara konsert, namun tidak menyebut sebarang nama.

Spekulasi itu membuatkan netizen merasakan yang dimaksudkan adalah Imran kerana hantaran itu dimuat naik pada hari sama selepas Imran mengadakan sidang media mempromosikan konsert tersebut.

Sementara itu, kontroversi yang timbul tidak menjejaskan persiapan Imran untuk slot kedua konsert pada malam ini.

Malah, pelantun lagu Selamat Ulang Tahun Sayang ini yakin keluarga Fazley sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya.

“Secara keseluruhan, saya fikir perkara ini hanya titik hitam yang sangat kecil. Saya ada banyak perkara perlu diberi fokus. Saya tahu mereka mendoakan yang baik untuk saya.

“Saya tahu saya dapat restu mereka. Selama ini, kami sangat akrab, jadi saya tidak ada rasa terkilan atau kurang sedap dalam hati.

“Saya yakin tiada masalah dengan mereka. Saya harap mereka juga tiada masalah dengan saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, menerusi hantaran Instagram terbaharu Imran, Fazley meninggalkan komen memohon maaf tidak dapat hadir ke konsert kerana masalah kesihatan.

“Well done Nan. Sorry tak dapat hadir. Lepas operation lutut 5 hari kena rehat atas katil. Our doa for you and team always. One more to go, Bismillah,” tulis Fazley.

Sumber: Harian Metro, Berita Harian & Instagram Imran

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 15 Jun 2019

Syatilla Suka Suami Gemuk?

Kenapa agaknya Tilla tak nak tengok Sam kurus?

Hiburan Fri, 20 Dec 2019

‘Sertai Program Realiti Bukan Cari Glamor Tapi…’ – Waris

Sebelum ini ada juga netizen yang kecam dan menuduh Waris membuat aktiviti amal untuk popular

Trending Mon, 31 May 2021

Cergas Beraya, Ceria Bersama

Kalau sihat, baru raya ONS!!!!!

Hiburan Mon, 24 Dec 2018

Niat Tawan Pasaran Muzik Tempatan, Chaleeda Sanggup Belajar Cakap Melayu

Single Bestfriend antara buah tangan daripada penyanyi jelita ini. Korang dah dengar ke belum?

Hiburan Thu, 23 Nov 2023
Hiburan Wed, 4 Apr 2018

Erwin Dawson Sudah Bertunang!

Erwin berpegang kuat kepada janji dan niat yang telah dilafazkan untuk mengahwini Julia cuma belum ada tarikh tetap.

Hiburan Sun, 31 Dec 2023
Trending Tue, 1 Oct 2019

Ganjaran RM30,000 Untuk Buru Pembunuh Gajah Yang Mati Ditembak

Gajah ini sengaja dibunuh, kesiannya. Jom sama-sama cari pembunuh