Nafi Bercinta Dengan Amir Ahnaf, Ini Penjelasan Alicia Amin – “Kami Langsung Tak Kenal”

Aktres dan model Alicia Amin tampil menafikan dirinya kini sedang bercinta dengan pelakon baharu, Amir Ahnaf selepas dua bulan bercerai.

Menerut Alicia, dia menganggap desas-desus itu tidak berasas kerana dia tidak pernah berjumpa dengan pelakon itu biarpun di mana-mana acara.

“Saya tak pernah berbual dengan Amir kerana kami langsung tak kenal malah tidak pernah berjumpa dengan dia.

“Setakat ini saya cuma pernah bertemu dengan kawan-kawan Amir iaitu Mierul Aiman dan Nadhir Nassar.

“Jadi gosip itu tak benar sama sekali,” katanya.

Memetik laporan Kosmo! Online, aktres itu kini lebih selesa untuk fokus tentang kerjaya berbanding kisah cinta.

Malah, Alicia juga sempat menyatakan hasratnya untuk mengembangkan kerjaya seninya sehingga ke luar negara.

“Kerjaya peragaan sudah membawa saya ke negara lain. Jadi dalam lakonan pun saya ingin meneroka dan melebarkan langkah lebih jauh,” jelasnya.

Sumber: Kosmo! Online

Fatin Nurain