“Nak Hina Dan Memfitnah Sertakan Bukti, Jangan Jadi Tin Kosong!” – Puteri Sarah Bengang, Nekad Fail Saman

“Kita tak cari publisiti, kita guna saluran yang betul”.

Demikian respons pelakon popular, Puteri Sarah Liyana menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram miliknya sebentar tadi.

Menerusi perkongsian tersebut, kelihatan Puteri Sarah bersama rakannya dan juga pihak peguam iaitu Azmi Mohd Rais yang sedang berada di sebuah syarikat guaman iaitu, Zulkifli Yong Azmi And Co.

Walaupun tidak menyebut nama mana-mana pihak, Puteri Sarah bagaimanapun dilihat tegas dengan pendiriannya untuk membawa kes menyebarkan fitnah dan menuduh tanpa bukti ke mahkamah.

“Memfitnah. Menyebarkan fitnah. Menuduh tanpa bukti.

“Next time nak menghina dan memfitnah make sure beserta bukti, bukan jadi tin kosong. Jumpa nanti di mahkamah!”katanya.

 

Dalam pada itu, Puteri Sarah juga menyifatkan bahawa tindakannya itu bukan untuk mencari publisiti sebaliknya menggunakan saluran yang betul.

“Kita tak cari publisiti, kita guna saluran yang betul”jelasnya.

Terdahulu, tampil individu wanita mendedahkan bahawa dia telah didakwa melakukan pecah amanah dan melarikan duit perniagaan rakan kongsinya yang juga merupakan pelakon wanita popular.

Justeru, menerusi kenyataan yang dibuat wanita berkenaan ketika temu bual bersama Melodi TV3, dia menafikan sekeras-kerasnya segala kenyataan yang dikeluarkan oleh aktres tersebut, termasuklah berkenaan jumlah wang yang diuar-uarkan di platform media sosial.

Malah, tindakan tidak profesional aktres itu menyebabkan namanya terjejas.

Bukan itu sahaja, wanita berkenaan mendakwa aktres tersebut terlalu banyak memutarbelitkan cerita sehingga menjejaskan reputasi perniagaannya.

ARTIKEL BERKAITAN:Individu Wanita Dituduh Pecah Amanah, Dakwa Pelakon Wanita Popular ‘Spin’ Banyak Cerita?

 

Salma Syahbuddin