“Saya Tak merajuk, Saya Dah Penat” – Hattan Nekad Bersara Dalam Bidang Nyanyian

Penyanyi, penggubah lagu, pelakon dan penerbit rakaman, Datuk Hattan mengejutkan ramai pihak selepas mengumumkan dia bakal bersara dalam bidang nyanyian bermula Jun depan.

Katanya, dia mempunyai impian dan belajar banyak perkara daripada penyanyi dan komposer lagu terkenal, Datuk M.Nasir.

Malah, dia juga sudah memikirkan tentang keputusannya ini sejak dari dahulu lagi, dan ini merupakan masa terbaik untuknya bersara setelah 37 tahun terlibat dalam industri seni.

“Saya akan bersara pada bulan enam (Jun). Jadi, saya punya dream (impian) dulu masa mula terbabit dalam industri ini, saya belajar dengan Datuk M (M Nasir).

“Dan saya bersara atas pentas selepas dapat beraksi bersama Datuk M (M Nasir). Itu impian saya dan baru sekarang saya beritahu,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, pengunduran ini akan dilakukan usai pelantun lagu popular Biso Bonar ini menjayakan sebuah konsert pada Jun depan.

“Saya dah sampai apa yang saya nak, bagilah orang lain pula. Saya dah sepentas dengan ‘sifu’ saya. Saya dah buat konsert saya. Jadi apa lagi yang saya nak capai.

“Saya tak merajuk. Saya dah penat. Jadi kena rileks (berehat). Saya dah lama rancang. Bukan bersara macam mana, tapi tak nak terbabit dalam konsert besar.

“Nak berehat pula. Kalau boleh tak nak terbabit lagi. Dah bersara, bersaralah,” ulasnya.

Sekadar info,  Hattan dan M Nasir akan menjayakan Konsert Sifu & Aku yang akan berlangsung di Sabah International Convention Center (SICC) pada 3 Februari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:“Tiket Sudah Terjual 50 Peratus” – Datuk Hattan Sangkal Dakwaan Konsert Sifu Dan Aku Dibatalkan

ARTIKEL BERKAITAN:Gandingan Legenda! M Nasir, Hattan Berkongsi Pentas Dalam Konsert Sifu Dan Aku

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “We Stand Strong Behind You” – Hattan Zahirkan Sokongan Terhadap Kaka Azraff

ARTIKEL BERKAITAN:Hattan Puji Aina Abdul Penyanyi Terbaik, Tapi Sayang Masih Belum Cukup.. – “Vokal Bagus, Saya Suka Dia.. Cuma…”

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas Isu Tegur Pembaca Berita, Ada Pula Netizen Dakwa Hattan Tak Beratur, Suka Potong Barisan?

ARTIKEL BERKAITAN:Isteri Hattan Mengaku Terima Ugutan Bunuh, Peguam Hafidza Hassan Tampil Beri Amaran – “Saya Memang Anti Buli Siber!”

ARTIKEL BERKAITAN:Datuk Hattan Enggan Ulas Isu ‘Biadap’ & Permohonan Maaf, Penerbit Dakwa Ada Bukti -” Dia Memilih Untuk Kurang Beradab

Hanya Kerana…”

 

Sumber: Harian Metro

Salma Syahbuddin