“Nak Jaga Mental Tapi Dibuli, Dihina” – Dedah Diugut Sebar Aib, Intan Saleh Anggap ‘Pihak Sana’ Seronok Jaja Cerita

Tidak berdiam diri dengan hantaran pelakon Izreen Azminda, Intan Saleh pula tampil membuka mulut menerusi hantaran di Instagram Storiesnya (IGS).

Selepas dituduh tidak ‘move on’ dengan kisah lama, Intan menyatakan bahawa segala urusannya tidak ada kaitan dengan Izreen malah pelakon tersebut yang sering mengganggu kehidupannya.

Artikel Berkaitan: “Rasa Hormat Kat Laki Kau Mana?” – Simpan Banyak Bukti, Izreen Azminda Dakwa Intan Saleh Tak ‘Move On’?

Bukan itu sahaja, Intan yang merupakan bekas isteri kepada Ude Wahid itu mendakwa dirinya sering diugut oleh pihak sana.

Kata Intan, dia hanya memendam sendiri apa yang dirasainya bertahun-tahun kerana ingin menjaga kesihatan mentalnya.

Dalam pada itu, Intan turut membidas kenyataan Izreen dengan mempersoalkan semula siapa yang masih belum ‘move on’.

“Siapa yang tak move on sebenarnya ni?” tulis Intan.

Akui dirinya juga manusia yang tidak terlepas melakukan kekhilafan, Intan berdoa agar dijauhkan dari penyakit hati dan sentiasa memperingati diri sendiri.

Artikel Berkaitan: Dituduh Tak Cuci Baju Kotor Anak Tiri, Individu Dakwa Izreen Azminda Berkira… Suami Tampil Sekolahkan Netizen

Atiqah Johari