Categories: HiburanSelebriti

Nelydia Senrose Sibuk Dengan Persiapan Kahwin

Nelydia Senrose menerusi majalah URTV mengakui kini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinannya. Namun tarikh itu Nelydia minta untuk dirahsiakan dulu.

“Setakat ini persiapan perkahwinan berjalan lancar. Bila tarikh nikah tu, biarlah saya umumkan kemudian. Bukan apa, buat masa ini ada beberapa perkara yang belum selesai. Sampai waktunya nanti saya akan beritahu semua secara rasmi”

Mengakui agak cepat mengambil keputusan untuk bernikah, namun Nelydia pasti Dialah orangnya. Tapi kata Nelydia, tidak dinafikan sikap jejaka itu yang memahami dan matang membuatkannya jatuh cinta.

“Saya pun tak mahu sorokkan perkara baik. Doakanlah yang terbaik buat saya. Kami bercinta baru beberapa bulan. Kalau ikutkan, memang terlalu cepat kami mengambil keputusan untuk berkahwin. Nak tahu, bila dah kenal, terdetik di hati dialah orangnya”

SGMS Enal