Netizen Bengang Dengan Song Hye Kyo, Harap Muka Je Cantik!

Selepas pasangan #Songsongcouple ini mengambil keputusan untuk bercerai, nampaknya ramai peminat mereka turut berdukacita dengan perkhabaran tersebut.

Namun, sekali lagi peminat kedua-duanya berasa terkilan terhadap tindakan Song Hye Kyo apabila melihat pelakon dan model itu kembali bekerja walaupun baru sahaja bercerai dengan pelakon dan model terkenal korea, Song Joong Ki.

Hye Kyo membuat kemunculan pertamanya apabila menghadiri  sebuah acara kosmetik di China dan terbaru, beliau hadir di salah satu program barangan kemas di Monaco yang turut dihadiri bintang-bintang terkenal seperti Natalie Portman, Yifei, Salma Abu Deif dan ramai lagi.

Namun, melihat penampilannya itu, rata-rata netizen mengecam tindakan pelakon itu yang tampil dengan rupa bersahaja dan senyuman.
Terdahulu, Hye Kyo dan Joong Ki mengejutkan semua pihak apabila membuat keputuan untuk bercerai walaupun usia perkahwinan baru menjangkau dua tahun.
Salma Syahbuddin