Netizen Kata Lelaki Meroyan Is Real! Adam Shahz Dedah Sudah Hilang Sabar, Dakwa Fatin Afeefa Menipu

Isu rumah tangga diantara pelakon Adam Shahz dan Fatin Afeefa nampaknya masih tidak menemui titik noktah apabila baru-baru ini Adam mendedahkan dia sudah hilang sabar dan tegas dalam mempertahankan haknya.

Menurut Adam Shahz, dia tidak mahu pihak disebelah sana menyusahkan dan menyukarkannya untuk berjumpa dengan anaknya, Ivy.

“Pihak sebelah sana jangan menyusahkan dan menyukarkan saya untuk berjumpa dengan anak saya. Kalau hari raya pun hanya satu hari je kau bagi kat aku, itu dah too much!

“Anak tu dia masih ada family belah saya. Dia masih ada nenek, cousin-cousin dia, semua amsih ada dekat sini lagi.Tapi bila buat macam ni aku rasa tak adil!,” katanya.

Malah, Adam juga memaklumkan dia langsung tidak berdendam kerana apa yang dia inginkan hanyalah mempertahankan hak smeata-mata.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Tidak Berdendam & Hanya Pertahan Hak, Adam Shahz Tampil Jawab Dakwaan – “Bukan 5 Tahun Baru Nak Balas”

Bagaimanapun, menjengah diruangan komen sebuah portal hiburan, rata-rata warganet mempersoalkan tindakan Adam yang dilihat tidak ‘move on’ dengan perkahwinannya yang dahulu.

Bahkan, ada yang menggelar Adam sebagai lelaki meroyan gara-gara tindakannya mahu mempertahankan hak dan sering mengeluarkan kenyataan terhadap bekas isterinya itu.

Terdahulu, Adam memaklumkan dia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan apabila ada individu yang cuba meninggalkan komen berunsur fitnah terhadapnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Anak Kantoikan Fatin Afeefa Tidur Dengan Boyfriend? Rakam Perbualan Dengan Anak, Adam Shahz Dikecam Netizen

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Tak Hiraukan Anak, Adam Shahz Dedah Kena ‘Block’ Dengan Keluarga Bekas Isteri! – “Tak Bagi Call Pastu Acah Victim”

 

Sumber: Youtube Mstar, Facebook

Salma Syahbuddin