“Ni Je Ke Hasil?” – Netizen Kecam Ira Kaza Tayang Cincin

Baru-baru ini, anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi, Ira Kaza memuat naik sekeping foto di akaun Instagram miliknya.

Foto tersebut telah mendapat perhatian wargamaya kerana terdapat sebentuk cincin di jari manis Ira.

Ekoran foto tersebut ramai wargamaya membuat spekulasi mengenai hubungannya dengan pengarah filem, Syamsul Yusof yang sehingga kini masih mengunci mulut tentang status mereka.

Bukan itu sahaja, portal turut memuat naik foto tersebut di laman Facebook dan ramai warganet memberi pelbagai respons.

Gara-gara foto itu, terdapat segelintir wargamaya yang mempersoalkan kemampuan Ira memiliki telefon pintar mahal dan cincin tersebut kerana umum mengetahui dia tidak bekerjaya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya mengecam foto tersebut dan meninggalkan komen-komen yang negatif kerana kontroversi yang terpalit iaitu menjadi punca pergolakan rumahtangga pelakon Puteri Sarah dan Syamsul Yusof.

Terdahulu, Puteri Sarah telah memfailkan saman terhadap Ira Kaza kerana menganggu kehidupannya pada 26 Jun lalu.

Atiqah Johari