Noorkhiriah Akui Bukan Senang Kekal Istiqamah – “Saya Pun Masih Haru-Biru, Fizikal & Mental Kena Strong”

Pelakon Noorkhiriah menyifatkan untuk membuat perubahan dalam menjadi insan yang lebih baik bukanlah satu perkara yang mudah.

Menurut Noorkhiriah, dia mengaku dirinya juga masih belum baik dalam berubah kerana ia memerlukan pengorbanan fizikal dan mental yang kuat.

“Betapa beruntungnya orang-orang yang berubah ke arah kebaikan secara istiqamah fasal nak berubah ni pun bukan mudah ye kawan.

“Cakap..semua orang boleh cakap macam akak.. akak sendiri pun kadang masih haru-biru..nak berubah secara total ni memerlukan pengorbanan fizikal & mental kena strong.

“Bukan mudah untuk meninggalkan dunia semata mencari akhirat..tapi bila akhirat dah dekat hati..dunia tak ada apa dik.. takat kat tangan je,” tulisnya ringkas.

Dalam pada itu, pelakon drama rantaian popular Nur itu berharap semua dapat mendoakan dirinya untuk kuat dalam mencari akhirat dan tidak mustahil untuk terus istiqamah sekiranya berniat dengan ikhlas.

“Doakan akak semoga akak diberi kekuatan untuk meletakkan dunia di tangan bukan lagi di hati.

“Berubah itu mudah, istiqamah itu payah tapi jika disertakan niat kerana Allah, Insya-Allah, Allah permudahkan. Aamiin,” harapnya.

Khairil Khusyairi