“Orang Kata Ini Pembawakan Budak, Betul Ke?” – Kongsi Video PU Riz Jadi Spiderman, Netizen Dakwa Neelofa Bagi ‘Hint’ Jantina Anak

Pelakon, pengacara dan usahawan selebriti popular, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, memuat naik video berdurasi satu minit menunjukkan suaminya, pendakwah bebas Haris Ismail atau PU Riz sedang memakai kostum siri animasi popular, Spiderman.

Perkongsian tersebut ternyata berjaya mencuri perhatian netizen yang rata-rata terhibur dengan aksi pasangan ini.

*Orang kata… ni pembawakan budak, betul ke?” tulisnya.

Bagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang mendakwa Lofa seakan-akan memberi bayangan jantina anak yang bakal dilahirkannya kelak.

 

 

 

Video yang dimuat naik pada Selasa itu kini telahpun menerima lebih 100,000 tanda suka beserta komen positif dari rakan artis dan followers beliau.

 

Salma Syahbuddin