“Orang Sibuk Nak Collect Pahala, Dia…” – Viral Isu Anjing, Natasha Hudson Tegur Datuk AC Mizal

Baru-baru ini, nama pengacara berkaliber, Datuk AC Mizal heboh menjadi sebutan netizen selepas pendapatnya mengenai isu anjing yang tular di media sosial.

Menerusi satu hantaran di Facebook miliknya, AC mempertikaikan tindakan segelintir individu yang didakwa ‘sengaja’ berjinak dengan anjing hanya untuk meraih populariti.

Susulan itu, pendapat AC itu telah meraih perhatian pelakon, Natasha Hudson yang tampil berani membidas komen tersebut.

Natasha memuat naik beberapa hantaran di Instagram Stories miliknya memohon maaf atas sikapnya yang lantang bersuara serta menjelaskan dia tidak kagum terhadap individu suka mendiskriminasikan niat orang lain.

“Mula-mula maafkan saya kerana lantang tentang sentimen HAIWAN. Ia isu sensitif.

“Saya tidak kagum dengan sesiapa yang mendiskriminasi kerja orang lain yang berusaha menyelamatkan haiwan.

“Anggap la binatang juga ujian untuk menguji keikhlasan lubuk hati kita,” tulisnya.

Mengulas lebih lanjut, Natasha mempersoalkan tindakan AC yang dianggap tidak wajar serta memohon agar selebriti senior itu berhenti mengkritik anak-anak muda yang berniat baik membantu anjing-anjing terbiar.

“Orang sibuk nak collect pahala. Sebagai selebriti senior, why not support his human/ animal lover cause also? @dacdatoac bagus budak ni.

“At least anak muda yang tunjuk contoh amal yang luar biasa. Jangan kutuk dia okay? Jemput dia ke rancangan awak mungkin?” ujarnya.

Dalam pada itu, AC bagaimanapun enggan mengulas mengenai kritikan negatifnya itu yang kurang disenangi netizen.

Sumber: Harian Metro, Murai.my

Aqilah Paharuzi