Panas! Fasha Sandha Tayang Peha Putih Gebu Buat Netizen Naik Gila

Menepis pelbagai kontroversi dengan bersikap tenang dan profesional menjadikan pelakon ini sentiasa mempunyai peminatnya tersendiri. Namun begitu, baru-baru ini ramai yang beranggapan apa sudah jadi terhadap Fasha yang berani merakam aksinya menari dan menampakkan pehanya yang putih gebu itu?

Video tarian lagu Lagi Syantik berdurasi 57 saat itu telah dimuat naik menerusi laman instagramnya lantas mencuri perhatian ramai.

Namun, tindakannya itu sekaligus mengundang kecaman daripada netizen yang menganggap tariannya itu terlampau seksi dan terlalu mengghairahkan apatah lagi kita semakin dekat untuk menyambut bulan ramadan.

Melihat kepada komen negatif yang ditinggalkan menerusi ruang komen dilaman sosialnya itu, Fasha akhirnya menutup ruangan komen miliknya.

Apapun, diharap Fasha kembali rasional sebelum memuat naik benda-benda yang mendatangkan kesan negatif terhadap dirinya.

Salma Syahbuddin