“Panas Seterika Pun Dah Melompat” – Didakwa Memainkan Isu ‘Neraka’, PU Syed Beri Teguran Pedas Buat Uyaina Arshad

Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad menerima kecaman hebat apabila mengikuti sebuah trend di TikTok yang dilihat bergurau mengajak rakan dimasukkan sekali ke dalam neraka.

Artikel Berkaitan: “Syurga Neraka Pun Jadi Gurauan” – Muat Naik Video Di TikTok, Uyaina Arshad Dikritik

Susulan tindakan kurang menyenangkan itu, pendakwah bebas, PU Syed tampil memberi teguran atas tindakan Uyaina itu.

Pu Syed dilihat mempersoalkan keberanian personaliti televisyen tersebut kerana bergurau mengenai isu neraka.

“Betapa beraninya kamu buat content sebegini? Sebelum ini ada yang melawak, jual topi dan dikatanya topi kalis api neraka.

“Tiba-tiba muncul pulak video ini, masih dengan isu api neraka… kalian boleh buat main dengan api neraka?,” kata PU Syed.

Tambah PU Syed, jika terkena panas seterika pun sudah melompat kesakitan inikan pula neraka.

Malah, dia turut menasihati selebriti tersebut untuk bertaubat kepada Allah dan memohon untuk tidak ulangan perkara sama.

“Panas seterika baju tu pun kamu dah melompat kesakitan dan kepanasan, ini pula tentang neraka?

“Minta dua orang yang buat content ini bertaubat kepada Allah dan jangan ulangi lagi!” tulisnya lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Instagram PU Syed bersetuju dengan teguranya malah ramai yang turut memberi reaksi negatif terhadap tindakan Uyaina itu.

Atiqah Johari