Hiburan By: Padin July 19, 2023 @ 7:19pm

Pasangan Mempelai, Janna Nick & Dini Schatzmann Serikan Slot Sakura TV3!

Ingin menghilangkan stres dan mendapatkan mood ceria selepas seharian bekerja atau menguruskan rumah tangga? Jom layan Cik PA Tuan Ash, drama bersiri genre romantik komedi yang menampilkan pasangan suami isteri Dini Schatzmann dan Janna Nick sebagai tunjang utama menerusi slot Sakura, setiap hari Rabu dan Khamis, pukul 6.00 petang di TV3 dan strim eksklusif HD di www.tonton.com.my mulai 20 Julai 2023.

Drama bersiri 20 episod ini merupakan terbitan Tanah Beris Film Production Sdn Bhd, diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan nukilan skrip oleh Zyza Backy. Cik PA Tuan Ash turut dibarisi oleh pelakon berpengalaman seperti Alvin Chong, Raja Azura, Jaafar Onn, Syarafi Sudarmaji, dan ramai lagi.

Tuan Ash (Dini Schatzmann) seorang yang berkerjaya dan hebat dalam urusan kerjanya. Kehebatannya dalam menguruskan syarikat tidak mencerminkan kehebatannya dalam memilih calon isteri. Tuan Ash menghadapi kesukaran dalam mencari kekasih untuk dikahwininya. Sering diperli oleh rakan-rakan seumurnya, Tuan Ash bertekad untuk mencari cintanya sebelum berumur 31 tahun. Adakah Tuan Ash berjaya mencapai sasarannya seperti dia berjaya menguruskan syarikat?

Oleh kerana kerap gagal dalam usahanya untuk mengenali seseorang, Tuan Ash telah mengambil Husna (Janna Nick) sebagai pembantu peribadinya. Husna bukan sahaja membantu Tuan Ash dalam urusan kerja, malah Husna juga berperanan untuk membantunya untuk mengenali wanita – wanita yang ingin dijadikan calon isteri. Setiap tindakan Tuan Ash ketika berurusan dengan calon kekasihnya dijalankan melalui nasihat dan cadangan yang diberikan oleh Husna.

Namun, Tuan Ash juga seorang bos yang sangat mementingkan kesempurnaan dan meletakkan kepercayaan penuh pada Husna tidak kira urusan rasmi atau peribadi. Oleh yang demikian, Husna terlalu sibuk dengan kerjanya sehingga dia langsung tidak mempunyai masa untuk diri sendiri.

Konflik memuncak apabila Husna meletakkan jawatan sebelum Tuan Ash mencapai sasarannya untuk berkahwin. Keputusan itu dilakukan oleh Husna kerana dia terlalu sibuk dengan urusan percintaan Tuan Ash sehingga dia pula menyisihkan kekasihnya, Sam (Alvin Chong). Mampukah Tuan Ash mencari pasangan hidupnya tanpa bantuan Husna? Adakah Husna dapat mengejar cintanya kembali?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama Cik PA Tuan Ash menerusi slot Sakura, bakal bersiaran mulai 20 Julai 2023, setiap Rabu dan Khamis pada jam 6.00 petang di TV3 dan strim eksklusif HD di www.tonton.com.my. Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 Jan 2020
Featured Fri, 30 Jul 2021

Harapan Negara, Nur Dhabitah Mara Ke Separuh Akhir Olimpik Tokyo 2020

Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri berjaya mara ke saingan separuh akhir acara terjun 3 meter (m) papan anjal individu wanita selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam peringkat kelayakan di Pusat Akuatik Tokyo pada Jumaat. Nur Dhabitah […]

Featured Thu, 19 Jan 2023
Featured Thu, 21 Dec 2023

Kadar Dividen ASB Lebih Tinggi Berbanding Tahun 2022

Berita gembira buat semua pemegang akaun👋👋👋

Hiburan Sun, 21 Apr 2019

Jay Park Umum Bersara?

OMG, biar betul?