Pasangan Selebriti Terkenal Indonesia Bertunang Esok!

Pasangan selebriti terkenal Indonesia, Jessica Iskandar dan Richard Kyle dilaporkan akan bertunang esok (15/6/2019).

Menurut jejaka kacukan Inggeris itu, majlis pertunangan esok bakal dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat mereka sahaja.

“ Mahu lebih ‘intim’ jadi hanya yang terdekat sahaja bakal berada di sana,” jelasnya.

Menurut pasangan popular di tanah seberang ini, mereka turut menjemput beberapa kenalan termasuklah keluarga Richard yang berada di Australia.

Difahamkan, majlis pertunangan Jessica dan Richard akan disiarkan secara langsung menerusi laman Instagram @weddingku bermula jam 5.45 petang waktu Indonesia.

Dalam pada itu, Richard memaklumkan majlis pertunangan mereka bakal diadakan di sebuah hotel mewah di Jakarta Selatan.

Jessica sebelum ini pernah berkahwin pada 11 Disember 2013 dengan Ludwig Franz Willibald dan memiliki seorang anak lelaki bernama El Barrack Alexander.- Tribun News.

SGMS Faida