Pelakon India SrideviI Meninggal Dunia

Aktres terkenal Bollywood, Sri Dewi Kapoor dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya, Mohit Marwah,   di Dubai semalam.

Mendiang menghembuskan nafas terakhirnya di sisi suami, Boney Kapoor dan anak perempuannya Khushi.

Pada mulanya berita kematian Sridevi yang tersebar melalui media sosial dianggap palsu oleh netizen yang tidak mempercayainya tetapi telah disahkan oleh adik iparnya, Sanjay Kapoor.

Gambar Sridevi bersama suaminya, Boney pada tahun 2012.

Pemilik nama sebenar  Shree Amma Yanger Ayyapan, 55,  memulakan kariernya dalam bidang lakonan ketika berusia 4 tahun dalam filem Tamil di mana kemudiannya membesar dengan beberapa filem hit Bollywood antaranya ‘Himmatwala’.

Sri Devi berkahwin dengan produser Boney Kapoor yang merupakan abang sulong kepada pelakon terkenal, Anil Kapoor dan Sanjay Kapoor.

Mendiang meninggalkan dua orang anak perempuan, Jahnvi dan Khushi.

Takziah diucapkan kepada keluarga!

 

 

 

SGMS Fas