Categories: HiburanTrending

Pelakon Indonesia Keluar Masuk Lokap, Isteri Failkan Cerai Tertekan Suami Ketagih Syabu, Ganja

Bagaikan tidak menyesali perbuatan yang lalu, pelakon Indonesia Ammar Zoni sekali lagi ditahan gara-gara penyalahgunaan dadah.

Dia yang baru sahaja dibebaskan daripada penjara akibat kesalahan yang sama difahamkan memiliki beberapa jenis dadah termasuk syabu, ganja dan ubatan terlarang.

“Ammar Zoni ditangkap bersama barang bukti iaitu ganja, syabu dan hexymer,” kata pihak berkuasa kepada media.

Memetik laporan mStar, ini merupakan kali ketiga Ammar dicekup pihak berkuasa atas alasan yang sama.

Tidak tahan dengan perbuatan terkutuk itu, isterinya, Irish Bella mengambil keputusan untuk memfailkan tuntutan cerai terhadapnya.

Akibat keretakan rumah tangga yang berlaku, mereka berdua dikhabarkan tinggal berasingan di kediaman keluarga masing-masing.

Untuk rekod, Irish dan Ammar sah mendirikan rumah tangga pada pada 28 April 2019.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Air Rumi Akbar, 3, dan Amala Puti Sabar Akbar berusia setahun.

Sumber : mStar

Syamir Shafie