Pelaksanaan Dos Ketiga Dan Vaksin Campuran Masih Dalam Kajian

Pelaksanaan untuk memberi dos ketiga (booster dose) dan vaksin heterologous (campuran vaksin) masih lagi dalam kajian kumpulan pakar dan akan dimaklumkan selepas ia dimuktamadkan.

Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar unntuk vaksin dos ketiga, minggu hadapan pihaknya akan mendengar syor daripada pakar.

“Berkenaan keperluan sama ada kita perlu booster dose atau tidak, perkara ini juga akan dibentangkan, bukan hanya dari sudut keperluan booster dose berdasarkan pengalaman di negara-negara lain.

“Tetapi sama ada kita terima vaksin heterologous, maksudnya diberi vaksin berbeza daripada vaksin asal kita terima. Ada beberapa negara sudah mengamalkan vaksin heterologous seperti Korea Selatan dan Jerman.

Menurutnya lagi perkara itu dilakukan sedemikian kerana terdapat gangguan bekalan vaksin terhadap negara berkenaan.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan dalam sidang Mesyuarat Khas Parlimen Penggal Ke-14 di sini pada Rabu.

Tambah beliau, berkaitan vaksin campuran pula, pihaknya kini sedang menunggu maklumat dan data klinikal sebelum membuat sebarang keputusan.

“Pertama, kita nak pastikan vaksin heterologous itu selamat. Kedua, sama ada mereka yang telah menerima lengkap dua dos satu jenis vaksin, adalah boleh terima booster shot yang ketiga menggunakan vaksin lain,” ujarnya.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”