Categories: HiburanSelebriti

Peminat Menanti Fazura Berhijab

pelakon cantik manis Fazura tampil dengan imej berhijab ketika menghadiri majlis rumah terbuka ‘Stalkers Cafe’ bersama suami dan keluarganya.

Tampil dengan penampilan ayu dan ringkas itu membuatkan Fazura mendapat perhatian peminat apabila pelakon cantik manis ini berkongsi foto majlis berkenanan menerusi laman Instagramnya.

Bagaimanapun isteri kepada aktor popular, Fattah Amin ini pernah menyatakan ia belum menjadi keputusan sepenuhnya untuk terus berhijab.

Sebelum ini, Fazura pernah berkongsi foto dimana dia mengenakan telekung ketika terlibat dalam satu program Telekung Talk yang dihoskan oleh Profesor Dr Muhaya Mohamad.

Pelakon cantik manis ini ternyata menjadi perhatian peminat apabila ada di kalangan peminatnya meninggalkan komen untuk mahukan Fazura terus berhijab dan menutup aurat.

 

SGMS Enal