Categories: Oh Lawa

Untuk Hasil OOTD Raya Yang Meletop! Memang Tak Sah Tanpa Bulu Mata Palsu

Melihat kanak-kanak comel atau teman yang berbulu mata lentik membuatkan hati terasa geram sehingga terdetik alangkah syoknya kalau kita juga dikurniakan kelebihan yang sama.

Yang selalu merasakan sebegini tentulah orang perempuan, kerana memiliki bulu mata tebal dan lentik membuatkan diri terasa seperti dolls! Apatah lagi di zaman sekarang ini, ke pasar, ke pusat membeli-belah termasuklah melepak dengan teman-teman pun wajib berbulu mata tau!

Tambah-tambah lagi nak beraya nie, mestilah penampilan kena ‘A’ untuk hasil foto OOTD (Oufit Of The Day) yang meletop!

Foto: Kinked

Namun sekiranya type bulu mata anda bertentangan dengan kategori yang disebutkan di atas iaitu jenis nipis dan tidak tebal, usah khuatir kerana bulu mata palsu atau lebih sinonim sebutan false eyelashes atau fake eyelashes, bisa menyelesaikan masalah anda dengan pantas dan mudah.

Sesetengah wanita memilki keraguan untuk memakai mata palsu. Ada yang kata berat lah, bimbang tidak nampak natural lah dan gatal mata. Selain teknik yang salah boleh membuatkan solekan mata anda menjadi comot!

Foto : alie xpress

Disebabkan itu ramai wanita melakukan penyambungan bulu mata extension yang kekal untuk beberapa tempoh sekitar dua minggu hingga sebulan bergantung bagaimana cara anda menjaganya.

Memang tidak dinafikan kebarangkalian berlaku hal-hal yang disebutkan. Namun seperkara yang ladies perlu tahu terdapat pelbagai jenis bulu mata sintetik di pasaran dan jenama yang digunakan hampir kesemua jurusolek di dunia adalah Elise, MAC dan Shu Uemura kerana texture aslinya menyerupai bulu mata betul.

Okay sedikit informasi mengenai 4 jenis bulu mata yang perlu diketahui anda, iaitu strip lashes, cluster lashes, single lashes dan volume lashes.

Foto : Amazon

Jenis single dan cluster akan memberi impak yang lebih natural. Bezanya single lashes yang biasanya digunakan untuk tujuan penyambungan extension memerlukan ketelitian dan mengambil masa yang lama untuk dipakai.

Untuk mendapatkan hasil yang sama dalam waktu yang lebih singkat, gunakan jenis cluster. Sementara itu jenis full strip lebih mudah diaplikasikan. Begitu juga dengan demi strip yang berukuran separuh dari bulu mata full strip, dan biasa digunakan di bahagian sudut luar mata untuk menambah kesan seksi dan menggoda.

Untuk memudahkan pembaca tersayang khususnya bagi mereka yang pertama kali ini ingin mencubanya, Hijab & Heels kongsikan sebuah video istimewa, False Lashes Do’s & Don’ts sebagai panduan anda.

Sumber video : YouTube 

Yanie Baharom