Pencarian Wanita Melayu 2019, 10 Finalis Bakal Berentap Untuk Merebut Takhta

Pentas utama Plaza Shah Alam Sabtu lalu menyaksikan persaingan sengit 30 peserta separuh akhir Pencarian Wanita Melayu 2019 yang bertanding untuk melayakkan diri ke peringkat akhir PWM 2019.

Sebanyak 30 peserta melalui ujian penyaringan awal daripada 500 penyertaan uji bakat yang berlangsung di dua lokasi iaitu Plaza Shah Alam dan Kompleks Kraf Kuala Lumpur bermula Mac lalu. Kesemua peserta yang terpilih di peringkat separuh akhir dinilai daripada aspek Keterampilan, IQ, Skil Komunikasi dan Catwalk.

Barisa panel juri yang akan menilai kredibiliti para peserta terdiri daripada  Puan Azura (Pengurus Kanan Plaza Shah Alam), Encik Faizal Hamid (Pensyarah Fesyen UiTM) dan Puan Farrah Dayana (Ketua Projek PWM 2019). Majlis yang berlangsung itu diacarakan oleh Fahrin Ahmad dengan penampilan khas persembahan Syafeek Ikhwan.

10 Peserta yang terpilih ialah Aini Sophie (19), Anissa Iman (22), Fatin Nabilah (21), Farzana (22), Natasha Azman (24), Nazirah (24), Nurul Aina (21), Nur Jannah Adibah (29), Noor Alya (20) dan Zakiah Khairul (22)

Kesemua peserta yang terpilih ke peringkat akhir akan terlibat dalam beberapa sesi khusus yang disusun sebagai persiapan ke peringkat akhir. Antaranya kelas solekan, grooming dan etika, cabaran fizikal bersama Anytime Fitness serta styling challenge bersama MC Vogue dan Xixili.

Sebagai persediaan menuju ke peringkat akhir, kesemua finalis akan menghadiri satu sesi khas bersama penaja utama Pencarian Wanita Melayu 2019 iaitu Habib Jewels dan Ice-Watch. 

 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”