Penolong Pengurus Eksekutif Hotel Mengaku Tidak Bersalah Atas Dakwaan Cabul Bekas Penyampai Berita Popular

Pengurus eksekutif hotel dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dakwaan mencabul kehormatan bekas penyampai berita wanita popular yang juga merupakan rakan sekerjanya.

Tertuduh, Mohd. Faizal Hussain, 53, disyaki mencabul bekas personaliti stesen televisyen swasta, 54, dengan cara memegang tanggannya di sebuah hotel terletak di Damansara, 13 Julai lalu.

Mohd. Faizal Hussain bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan memerpuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan.

Tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM4,000 dan Majistret Zhafran Rahim Hamzah memerintahkan Faizal untuk tidak menganggu mangsa dan saksi-saksi lain sepanjang perbicaraan berlangsung.

Mahkamah menetapkan 20 November ini untuk sebutan kes dan serahan dokumen.

Artikel Berkaitan: Isu Dicabul Individu Lelaki, Ara Johari Ambil Langkah Berhati-Hati

Sumber/Kredit foto: Utusan Malaysia

Aqilah Paharuzi