Hiburan By: Attiqah Mohd May 13, 2019 @ 2:50pm

Percutian Mewah Zahiril Adzim Dan Shera Aiyob Di Perth, Australia Confirm Buat Korang Jealous!

Travelling atau backpacking kini semakin menjadi trend dalam kalangan netizen. Sama ada korang merupakan seorang pengembara solo atau mencari lokasi percutian bersama keluarga, destinasi percutian yang dipilih mestilah gempak dan paling penting muslim friendly betul tak?

Buat pengetahuan korang, Perth merupakan antara negara yang terkenal dengan identiti Muslim Friendly! Menjadi ibu negara kepada Western Australia, tidak hairanlah sekiranya negara ini sering menjadi destinasi percutian idaman semua orang.

Paling menarik, Western Australia merupakan antara negara barat yang paling dekat dengan Malaysia, dengan jarak hanya 5.5 jam penerbangan, dan yang paling penting zon masa kedua-dua negara ini adalah sama. Mudah untuk korang merancang percutian!

Ikuti jelajah kembara pasangan selebriti Shera Aiyob dan Zahiril Adzim bersama si cilik mereka, Nadi Anaqi di Perth, Western Australia.

Destinasi Impian Percutian Bersama Seisi Keluarga

Perth merupakan kota yang dinamik dan kaya dengan budaya, bukan sahaja terkenal sebagai destinasi percutian idaman buat solo traveler tetapi kota Perth turut menjadi lokasi buat mereka yang ingin meluangkan masa percutian bersama seisi keluarga. Family time!

Luangkan masa berkualiti bersama keluarga tersayang dan jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi destinasi menarik dan melakukan pelbagai aktiviti mengujakan di sini

1. Swan Valley (Caversham Wildlife Park)

Buat keluarga yang meluangkan masa bercuti bersama si cilik, korang tidak perlu risau kerana Kota Perth menyediakan pelbagai aktiviti menyeronokkan buat mereka!

Terletak 25 minit perjalanan dari kota Perth, Swan Valley menjadi salah satu lokasi wajib dikunjungi ketika berada di kota Perth.

  1. Di sini terletaknya ladang anggur tertua di kawasan Australia Barat, bukan itu sahaja Swan Valley juga menjadi destinasi utama buat foodie lover dan nature lover kerana kepelbagaian sajian makanan yang enak beserta persekitaran alam semulajadi yang sangat best!

    Antara salah satu tarikan yang terdapat di Swan Valley adalah Caversham Wildlife Park. Kawasan ini merupakan taman rekreasi yang cukup terkenal. Pelbagai aktiviti outdoor menanti korang seperti interaksi bersama hidupan liar, tempat perkelahan dan banyak lagi.

    Kalau korang nak tahu pada mulanya Caversham Wildlife Park terletak di kawasan Caversham namun pada tahun 2013, lokasinya berpindah ke Whiteman Park, Western Australia. Tempat ini merupakan lokasi terkenal untuk korang berswafoto bersama koala, kanggaru dan Wombatai!

    Taman ini beroperasi dari jam 9 pagi sehingga 5.30 petang setiap hari, kecuali pada Hari Krismas. Jadi, korang tak perlu khuatir untuk membawa anak-anak pada hujung minggu atau cuti sekolah.

  2. Antara kemudahan yang disediakan di taman ini adalah laluan berjalan kaki, taman permainan, kolam, gerai makanan dan kawasan perkelahan yang menyediakan kelengkapan BBQ.

    Malah, si cilik korang dapat menyertai aktiviti menarik seperti pertunjukan farm, berswafoto bersama koala dan kanggaru, menunggang unta dan melawat Molly’s Farm.

                        Wah, menariknya gambar keluarga Syera Aiyob bersama koala dan kanggaru comel ini

 

Setelah penat berjalan sekitar Caversham Widlife Park ni korang pastinya mencari-cari tempat untuk      merehatkan badan dan menunaikan solat. Betul tak?

Salah satu sebab kenapa Perth terkenal dengan gelaran “muslim travel friendly” adalah kerana di kawasan ini      turut tersedia surau yang cukup selesa buat umat islam menunaikan ibadah.

Apabila dah berjalan berjam-jam, pastinya korang rasa penat dan lapar kan? Jangan risau, di kawasan sekitar ini        turut disediakan kiosk makanan yang halal untuk korang mengisi perut.

 Di sini juga terdapat kiosk makanan yang menawarkan pelbagai jenis makanan melayu, malah makanan         Australia seperti steak pies juga boleh didapati di sini. Tetapi, jangan lupa periksa logo halal dulu ya!

          2. House of Honey (Swan Valley)

Selain daripada Caversham Wildlife Park, destinasi seterusnya yang “wajib” ada dalam senarai “things to do korang adalah House of Honey.

Di sini, korang boleh mendapatkan madu asli dari Western Australia dengan harga yang sangat berpatutan. Tak menyesal kalau korang shopping di sini.

Antara keistimewaan madu asli di sini adalah ianya diambil terus dari sarang labah-labah tanpa melalui proses pempasterian. Antara madu asli yang paling terkenal di sini semestinya Jarrah dan Redgum. House of Honey dibuka jam 10 pagi sehingga 5 petang pada setiap hari.

           3.  Morrish Nuts (Swan Valley)

    Lawatan seterusnya bersama si cilik tidak lengkap tanpa singgah di Morrish Nuts. Yes! Inilah “candy                      store” buat si “hantu kacang” dan penggemar manisan.

Nampak sedap kan kekacang di tangan Shera tu!

Morish Nuts menyediakan kekacang yang dihasilkan menggunakan kacang-kacang berkualiti dari resepi turun temurun bersama manisan istimewa. Antara pilihan kekacang di sini adalah almond, cashew, macadamia, mixed nuts, peanuts dan banyak lagi!

Morrish Nuts beroperasi setiap hari, jam 9:30 pagi sehingga 5.00 petang. Tunggu apa lagi guys, cepat-cepat serbu!

                    4. Mandurah (Dolphin Watching Cruise)

Jelajah kembara Australia Barat pasangan selebriti Shera Aiyob dan Zahiril Adzim bersama si cilik mereka tidak sempurna tanpa melawat destinasi seterusnya iaitu Mandurah.

Apa yang menariknya, bandar Mandurah ini cukup terkenal dengan laluan airnya serta atmosfera percutian yang relaks. Restoran, kedai kraftangan dan galeri seninya dibina dikeliling air biru Mandjar Bay. Tengok tu, cantiknya Zahiril dan Shera menikmati pemandangan air laut kebiruan!

Bagi korang yang pertama kali berkunjung ke Mandurah, korang boleh mengikuti pelayaran Mandurah dengan menaiki “Mandurah Cruise”, korang juga boleh membuat pilihan untuk menaiki pelayaran ini selama satu jam, separuh hari atau sepanjang hari. Mandurah Cruise ini beroperasi bermula jam 9:00 pagi sehingga 5.00 petang.

Terletak hanya 1 jam dari kesibukan bandaraya kota Perth, korang boleh memandu kereta atau menaiki tren bersama keluarga untuk tiba di sini. Mudah kan?

Terpegun mereka sekeluarga melihat kecantikan hidupan laut

 Selain daripada pelayaran menyaksikan ikan lumba-lumba, korang juga boleh melakukan pelbagai aktiviti lain bersama keluarga seperti aktiviti memancing, mengetam dan sebagainya.

Syoknya tengok Zahiril pancing lobster gergasi!

Setelah berpenat lelah memancing, korang satu keluarga boleh  menjamu hasil tangkapan laut korang tu dengan aktiviti berbeku. Syoknya berbeku di tengah lautan sambil menikmati makanan laut yang segar bersama angin sepoi sepoi bahasa.

                             Enaknya menikmati sajian makanan laut segar, fresh from the sea!

Fakta menarik mengenai ikan lumba-lumba adalah saiznya yang boleh mencapai antara 2.3 hingga 2.6 meter dan berat sehingga 220kg. Ikan lumba-lumba yang baru dilahirkan mempunyai kepanjangan 1 meter dan mempunyai jisim badan 20 kg.

Spesies ikan lumba-lumba, Bottlenose boleh mencapai jangka hayat lebih dari 40 tahun. Fuyoo!

Selepas mengikuti pelayaran ikan lumba-lumba, korang boleh singgah ke muara Peel- Harvey untuk menyaksikan panorama memukau. Pandu selama 55 minit menelusuri South Perth, korang akan menemui laluan sungai yang menakjubkan.

Kalau korang nak tahu, muara Peel-Harvey  ini  dua kali ganda besarnya daripada Sydney Harbour dan menempatkan pelbagai spesis hidupan liar, pantai yang cantik, air yang jernih dan kawasan pesisir pantai yang meriah

          5. A maze’n (Margaret River)

Margaret River merupakan bandar yang terletak di South Western Australia. Kawasan ini menjadi tempat tarikan utama para pelancong, dilaporkan seramai 500,000 pelancong melawat setiap tahun! Wow!

Antara salah satu tempat yang wajib korang kunjungi bila berada di Margaret River adalah A maze’n yang merupakan maze terbesar di sini.

Maze ini mempunyai keluasan lima hektar, apa yang paling menarik di sini turut terdapat taman botanikal, 18 mini golf, dan juga dessert kafe yang menyediakan pastri dan scones yang dibakar segar setiap hari. Sedapnya! Memang boleh buat korang termimpi-mimipi untuk berkunjung ke sini.

Amaze’n mula beroperasi bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang, setiap hari kecuali pada hari Jumaat. Mudah kan untuk korang merancang percutian bersama-sama keluarga

Wah, bestnya Zahiril bermain mini golf!

 Menjadi “wonderland” buat si cilik, di sini terdapat aktiviti outdoor dan indoor yang menyeronokkan seperti puzzle, chess gergasi, mini golf, bocce, quiots dan banyak lagi. Sangat mencabar dan mengujakan buat mereka!

Tengok tu! Cerianya Nadi Anaqi bergambar di sebalik chess gergasi

                        Aktiviti yang mendapat tarikan paling ramai pengunjung pastinya chess gergasi dan mini golf!

Seronoknya lihat Nadi Anaqi mencuba mini golf bersama jurulatih Australia

                6.  Wonky Windmill Farm and Eco Park

Untuk korang yang gemarkan aktiviti santai bersama anak-anak, korang boleh mengikuti kunjungan desa ke Wonky Windmill. Hanya 3 jam pemanduan dari kota Perth, kunjungan desa ini pastinya memberikan pengalaman menyeronokkan buat korang sekeluarga.

Korang sekeluarga boleh berinteraksi dengan haiwan ternakan seperti llama,kambing biri-biri, ayam dan sebagainya tetapi yang paling best korang boleh memberi makanan kepada bintang ternakan ini dan juga melawat seluruh ladang yang mempunyai keluasan 130 ekar.

Comelnya keletah Nadi Anaqi memberi makanan untuk kambing biri-biri ni!

 Setelah seharian melawat ladang, jangan lupa kunjungi café yang menyediakan pelbagai pastri dan kek serta mencuba dan membeli perasa jam paling sedap di sini!

Sedapnya tengok sajian makanan gourmet di kafe ni.

   Si cilik juga boleh melakukan aktiviti santai seperti mengutip buah-buahan iaitu oren, epal dan sebagainya di sini.

Wonky Windmill Park & Eco park ini beroperasi bermula jam 10 pagi sehingga 4 petang setiap hari kecuali pada Hari Natal dan Tahun Baru, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi lawatan ke ladang desa ini.

         7. Busselton Jetty (Margaret River)

Kunjungan ke Margaret River tidak lengkap tanpa singgah sebentar di Busselton Jetty. Lokasi ini terletak di hujung utara Margaret River.

Fakta menarik mengenai jeti ini adalah ia dibina dan dijadikan tempat  untuk hidupan laut ‘berteduh’, Pelbagai hidupan laut membiak disini melalui tinjauan bawah laut (Underwater Observatory).

Jeti ini dibina sepanjang dua kilometer atas perairan yang dilindungi Geographe Bay. Busselton Jetty juga tersenarai sebagai jeti terpanjang di hemisfera selatan. Wow!

Lawatan ke jeti dibuka pada jam 6.00 petang dan 8.30 pagi.

Bergaya sakan  Nadi Anaqi bergambar di balik pemandangan jeti ini

 Underwater Observatory (tinjauan bawah laut) merupakan aktiviti paling terkenal di sini. Rasai pengalaman meneroka dasar lautan dan melihat pelbagai spesies unik hidupan laut dan juga terumbu karang buatan terbesar di Australia.

Yang paling best, korang satu family boleh tinjau sehingga 8 meter di bawah permukaan air laut untuk melihat lebih daripada 300 spesies marin dalam habitat asal mereka, Turut terdapat 11 buah tingkap kaca di setiap aras untuk korang menyaksikan sendiri keindahan hidupan laut ini!

Wah, terujanya lihat Nadi Anaqi bergambar di sebalik pemandangan hidupan akuatik tu

  Pada musim panas para pengunjung turut dapat mengikuti aktiviti menyeronokkan seperti Undersea Helmet Walk, Mermaid Tour, Sunset Train dan Sunset Observatory Tour. Bestnya!

Buat keluarga yang inginkan aktiviti santai, korang boleh berjalan- jalan sekitar di sekitar jeti sambil menyaksikan matahari terbenam. Sambil-sambil itu jangan lupa berswafoto. Berenang dan snorkeling pun boleh tau!

       8. Vesse Virgin (Margaret River)

Selain daripada pemandangan alam semulajadi dan hidupan akuatik, kalau korang nak tahu Margaret River juga terkenal dengan produk organik.

Buat kaum wanita dan para ibu, jangan lepaskan peluang untuk  melawat ke Vasse Virgin. Di sini terletaknya kilang pembuatan produk penjagaan kulit organik yang berasaskan minyak zaitun.

Terjuta betul nampaknya Syera mengambil foto Nadi Anaqi mencuba salah satu produk organik.

Vasse Vigin beroperasi setiap hari bermula jam 9:30 pagi sehingga 4:30 petang, kecuali pada Hari Natal dan Tahun Baru.

Antara produk organik yang popular di sini adalah produk penjagaan badan dan wajah. Malah, gourmet food juga dijual di sini. Selain itu, bengkel kelas untuk korang mengetahui dengan lebih lanjut mengenai keistimewaan produk organik turut diadakan di Vasse Virgin.

         9. Rootnest Island

Rootest Island merupakan sebuah pulau yang terkenal dalam kalangan penduduk setempat dan pengunjung. Terletak hanya 19km dari kesibukan Kota Perth, korang boleh mengunjungi pulau ini dengan hanya menariki feri.

Apa yang menariknya, di sini terdapat 63 pantai dan 20 buah teluk yang indah serta terumbu karang dan peninggalan kapal karam. Selain melawat tinggalan kapal karam dan pemandangan yang memukau, korang juga boleh berswafoto habis-habis. Seronoknya!

Syoknya tengok Zahiril Adzim sekelurga berjalan di sekitar pulau Rottnest.

Buat pengetahuan korang, pulau ini merupakan pulau yang bebas kenderaan. Jadi, kalau korang teringin untuk bersiar siar menikmati pemandangan sekitar pulau, jangan lupa dapatkan pakej berbasikal ya!

Salah satu tarikan utama pulau ini tentu sekali kerana ia menjadi habitat asal haiwan comel iaitu quokka dan marapiau. Spesies haiwan yang unik ini hanya boleh ditemui di sini je tau!

Antara aktiviti mencabar untuk korang lakukan bersama keluarga adalah mendaki Wadjemup Lighthouse untuk menyaksikan pemandangan seluruh pulau. Selain itu, korang boleh melakukan aktiviti bermain air seperti berenang, snorkeling dan sebagainya.

Ingin merasai pengalaman mengujakan dan aktiviti menyeronokkan seperti Zahiril sekeluarga? Apa tunggu lagi jom sama-sama kita terbang ke Perth bersama Air Asia!

Jom Terbang ke Perth Bersama Air Asia

Ingin merasai pengalaman percutian ke Perth seperti Zahiril Adzim dan Shera Aiyob? apa tunggu lagi jom booked tiket ke negara Kanggaru ni!

Yang penting, harga tiket serendah RM299! Tempahlah pakej percutian selama 4 hari 3 malam termasuk penerbangan, hotel dan tax bermula RM1,399/ pax di airasia.com

Untuk penerbangan yang lebih selesa dan eksklusif, korang juga boleh menempah Premium Flatbed tanpa sebarang harga premium dengan hanya RM1,190 dengan kelebihan seperti makanan dan minuman percuma, elaun 40 kg bagi bagasi penumpang, Premium Red Lounge Akses, hiburan Xcite Inflight, dan keutamaan akan diberikan bagi daftar masuk dan pelepasan.

Untuk info lebih lanjut, korang bolehlah layari laman sosial AirAsia menerusi Facebook, Twitter dan Instagram menerusi hashtag #VacaywithAirAsiaX #westernaustralia #justanotherdayinWA atau log in ke www.airasia.com

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Thu, 19 Sep 2019

Akibat Kalau Pasang ”Braces” Di Klinik Haram

”Kenapa Cari Penyakit Dik”

Events Sat, 16 Nov 2019

JOOX Coins Redemption Center Perkenal Keahlian Percuma, Nikmati Tawaran Hebat!

Adakah anda peminat K-Pop? Inilah berita baik untuk anda!

Fab Foodies! Mon, 1 Oct 2018

讨厌吃香菜研究:香菜能治「金鱼脑」

香菜的气味特殊,爱吃它的人很喜欢、讨厌的人就一点也沾不得。

Events Fri, 3 May 2019

Scha Alyahya & Downy Natural Come Together to Celebrate Women’s Natural Selves

The latest Downy products leave clothes with a light, refreshing, natural scent that lasts throughout the day to add a confidence boost for women to flaunt their natural selves.

Featured Mon, 21 Aug 2023

Akui Tak Perlu Baju Pelik & Naik Lori Untuk Popular, Zainal Abidin Kongsi Foto Bersama Aina Abdul.. Netizen Kritik Sengaja Cetus Kontroversi Untuk Promosi Konsert?

Ha tak ada niat pun nak sindir Aina Abdul, baik je niii 😉‘We are good and will always be’ – Datuk Zainal Abidin

Hiburan Fri, 20 Sep 2019

Gemar Selfie Maut Sewaktu Sedang Mandi

Awak sentiasa di hati kami. Telefon saya esok dan katakan ini semua mimpi, bukan kebenaran,