Hiburan By: Maya Basir October 4, 2023 @ 6:40pm

Pernah Digosipkan Bercinta, Zizan Razak Nafi Dakwaan Tidak Mahu Bekerjasama Dengan Mira Filzah – “Saya Baru Tahu Dia Berlakon Sekali…”

Pelakon dan pelawak, Zizan Razak menafikan dakwaan sesetengah yang mengatakan dia menolak tawaran untuk bekerjasama dengan pelakon Mira Filzah.

Menurutnya, dia sentiasa terbuka untuk bergandingan dengan sesiapa sahaja termasuk Mira.

“Tidak benar dakwaan itu. Saya langsung tidak pernah meletakkan sebarang syarat untuk bekerja dengan sesiapa pun selagi gandingan itu dirasakan yang terbaik.

“Tapi jika saya tak selesa dengan seseorang itu, mungkin ada syarat yang saya letakkan.

“Misalnya, sesetengah pelakon itu ada buat perangai di set penggambaran, sudah tentu saya tak berminat untuk bekerjasama dengannya,” ujarnya semasa ditemui di sidang media Super Wira di Pavillion Bukit Jalil, semalam.

Pada masa sama, dia memberitahu tidak tahu dari mana datangnya khabar angin tentang dakwaan tersebut.

“Mungkin kami sudah lama tidak bekerjasama membuatkan orang beranggapan sedemikian.

“Rasanya kali terakhir kami bergandingan adalah menerusi drama bersiri Jula Juli Bintang Cinta sekitar tahun 2017,” katanya.

Selain itu, Zizan mengatakan hubungan dengan Mira masih baik sebagai seorang kawan.

“Saya okay sahaja, tiada masalah untuk bekerjasama dengan Mira. Lagipun atas urusan kerja. Apa yang saya buat dalam industri ini semua untuk peminat saya. Kalau orang suka saya akan buat.

“Macam drama Super Wira ini, saya baru tahu Mira berlakon sekali dalam cerita ini selepas saya membaca skrip di set penggambaran. Tapi saya tidak berjumpa dengan dia sebab babak kami berlainan,” jelasnya.

Sebelum ini, Zizan dan Mira dikatakan pernah menjalinkan hubungan percintaan selama tiga tahun.

Namun, Mira kini sudah mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Wan Khair Amir.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 31 Aug 2021

“Hari Ni Our Wedding Anniversary, Jadi Pula Macam Ni” – Eina Azman, Suami & 2 Pembantu Positif Covid-19

Pelakon Datin Eina Azman dan suami, Datuk Paduka Gurmeet Abdullah serta dua pembantu rumah mereka disahkan positif wabak Covid-19. Eina menceritakan khabar duka ini menerusi salah sebuah hantaran terbaru yang dimuat naik di laman Instagram […]

Trending Mon, 16 Nov 2020
Events Fri, 1 Nov 2019

《了不起的Z世代》获颁 ASK2019「最佳实境节目」

由叶剑锋主持的八度空间《了不起的Z世代》成功脱颖而出,获颁 「ASK2019」最佳实境节目。

Featured Mon, 13 Mar 2023
familuv Thu, 19 Jan 2023

Anak Arwah Siti Sarah Manja Tidur Bersama Raissuddin Hamzah, Netizen Kata Uwais Dah Faham Erti Kehilangan Gara-Gara…

Anak kepada penyanyi terkenal, Allahyarhamah Siti Sarah iaitu Uwais Al-Qarni meraih perhatian ramai kerana gelagat manja bersama datuknya, Raissuddin Hamzah. @suciuwais Uwais buat atok tak tido malam macam ni. Anxiety terus atoknya ☺️ #uwaisalqarni #atok […]

Trending Tue, 25 Feb 2020
Trending Thu, 30 Jul 2020
Featured Tue, 1 Nov 2022

Nak Hilangkan Perasaan Suka Atau Benci Terhadap Seseorang? Ini Pesanan Ustaz Azhar Idrus

Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus atau dikenali sebagai UAI berkongsi tip bagaimana untuk menghilangkan perasaan suka atau benci terhadap seseorang. @mfazzy MASA MAIN PERANAN #masa #sangkabaik #doa #ustaz #mfazzy #tiktokguru #jombelajar #ustazazharidrus ♬ tak ingin […]

error: Content is protected !!