Featured By: Maya Basir May 8, 2023 @ 4:36pm

Pernah Terpalit Isu Gosok Telefon Peminat Pada Kemalu*n, Ini Respons Pamungkas

Penyanyi dan komposer dari Indonesia, Pamungkas pernah terpalit dengan kontroversi aksi spontan menggosok telefon bimbit milik peminat pada bahagian kemaluannya.

Menurut Pamungkas atau nama sebenar Rizki Rahmahadian Pamungkas, dia mengambil perkara itu sebagai satu pengajaran dan menganggap dirinya masih anak kecil yang masih belajar.

“Pembelajaran terbesar adalah I’m always tell myself, saya seperti anak kecil kerana menjadi seniman itu you have to be like a kid kerana berkarya itu tiada batas.

“Itu adalah salah satu cara untuk saya keep going. As an artist or even as a person, I just want to keep moving forward, I don’t want to be the next best thing.

“I just want to be a wheel seperti roda untuk berjalan terus and in order to do that, what it takes adalah keberanian untuk selalu membuat kesalahan dan belajar dari kesalahan itu,” katanya.

Pelantun lagu To The Bone ini sedar untuk lebih berhati-hati dalam setiap tindakannya kerana namanya yang semakin dikenali.

“Saya juga belajar sekarang, ternyata ramai yang peduli dan memperhatikan.

“Selepas pandemik, dunia digital menjadi lebih meluas dan semuanya tersebar sekelip mata dan saya belajar mengenai tanggungjawab apabila ada yang menjadikan saya sebagai idola dan contoh,” jelasnya.

Meskipun terpalit dengan kontroversi, ramai peminatnya yang masih memberikan kata-kata positif membuatkan dirinya malu dan seperti tidak layak untuk menerima pujian tersebut.

“Sebagai manusia, apabila menerima pujian pastinya kita malu untuk menerimanya. Apatah lagi apabila ramai yang memberikan kata-kata positif dan memberikan pujian. Jadi, bukan mudah sebenarnya buat saya untuk berhadapan situasi begini.

“Salah satu perkara yang saya perlu terima ketika ini adalah bagaimana untuk berhadapan dengan populariti dan bersikap terbuka dengan tanggungjawab disebalik status sebagai selebriti,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Gosok Telefon Peminat Pada Kemaluan, Ini Respons Pamungkas – “Perbuatan Tu Dipanggil ‘Fan Service’”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 17 Jan 2024
Events Mon, 4 Feb 2019

Artis Lipsync 12 Lagu Finalis AJL33 Di Karpet Merah, Janna Nick Paling Win!

Bravo team dan barisan artis yang cukup sporting untuk lipsync di Karpet Merah AJL33 semalam

Featured Wed, 5 Oct 2022
Featured Fri, 7 Sep 2018

Ibu Jari Dipotong Gara-Gara Obsesi Mengigit Kuku

Ketagihan Courtney mengigit jari bermula sejak 2014 selepas menjadi mangsa buli di sekolah.

Featured Tue, 21 Mar 2023
Featured Sat, 28 Apr 2018
Hiburan Wed, 6 Feb 2019
Featured Mon, 20 Apr 2020