Persembahan Dolla Depan Anak-Anak Tahfiz Undang Reaksi Kurang Senang Netizen

Kumpulan Dolla mendapat reaksi kurang senang netizen ketika menyanyikan lagu Raya Raya Raya di hadapan anak-anak tahfiz dalam sebuah majlis berbuka puasa, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Twitter @arfdy12, persembahan Dolla seperti mendapat reaksi kurang senang daripada penonton.

Meskipun Dolla berpakaian berbaju kurung, murid-murid tahfiz itu seakan berpaling muka daripada melihat persembahan mereka.

“Kejung anak-anak Tahfiz tengok Dolla perform Raya Raya Raya,” tulisnya.

Meninjau reaksi ciapan terbabit, rata-rata netizen mengatakan suasana yang berlaku kurang sensitif dan netizen juga mendakwa kumpulan Dolla juga turut mengehadkan tarian mereka.

“Tak sensitif.

“Okay lah tu. Dua-dua pun kejung.

“They are not even looking at the girl group pun. Haha,” komen netizen.

Maya Basir