Categories: HiburanSelebriti

Pertaruh Melodi Indah Dalam ‘Rapsodi Jalanan’, Jom Dengarkan Lagu Terbaru Pasya Mentor 7!

Naib Juara dalam program Mentor 7, Faizul Ashraf Fauzi atau lebih dikenali sebagai Pasya mengorak langkah dalam kerjaya seninya dengan single terbaru, Rapsodi Jalanan ciptaan Ibnu Fred manakala Anas Amdan sebagai penerbit rakaman 

Protege kepada Aizat Amdan ini mempertaruhkan Rapsodi Jalanan mengangkat tema cinta yang tidak disambut menjadi bertambah syahdu apabila Pasya menyampaikannya dengan penuh penghayatan.

Vokal Pasya yang dikatakan mirip  dengan penyanyi lagenda Allahyarham Saleem, pastinya mampu membuat pendengar terbuai dengan lunak merdu suaranya dalam setiap tarikan vokalnya.

 Single “Rapsodi Jalanan” merupakan terbitan Monkey Bone dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar. Lagu ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 22 FEBRUARI 2019.

SGMS Faida