Categories: Hiburan

Pilih Seremban Sebagai Lokasi, Jamal Abdillah Adakan Konsert Mini Kutip Dana Bantu Tabung Palestin, Pusat Tahfiz & NGO

Penyanyi popular, Datuk Jamal Abdillah memilih Seremban, Negeri Sembilan sebagai lokasi konsert mini untuk mengumpul dana bagi membantu pusat tahfiz, badan bukan kerajaan dan tabung bantuan Palestin.

Makan Malam Amal Kaseh PLG dan Konsert Mini Datuk Jamal Abdillah yang akan berlangsung pada 22 Disember depan bakal diadakan di Hotel Royale Chulan Seremban dan turut menampilkan tiga penyanyi jemputan iaitu Datuk Nash, Azlan and The Typewriter dan Eka Sharif.

“Persembahan ini diadakan bertujuan untuk mengutip dana yang mana sebahagiannya akan disalurkan kepada Tabung Bantuan Palestin, pusat tahfiz terpilih dan badan NGO. Pada malam itu nanti, saya akan tampilkan persembahan yang bersesuaian dengan majlis makan malam.

“Saya bakal adakan perbincangan dengan Datuk Nash mengenai lagu yang mungkin akan dipersembahkan, khas untuk memperingati mereka yang berjuang di Palestin. Insya-Allah, mungkin kami akan persembahkan lagi Kepadamu Kekasih atau Pada Syurga Di Wajahmu,” katanya.

Tambah Jamal, persembahan itu menjadi satu pendekatan terbaik untuk golongan artis dan orang awam membuat kerja kebajikan dan menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

“Bukan hanya di Palestin sahaja, penganjur juga meletakkan sasaran bantuan kepada orang kita sendiri menerusi pusat-pusat tahfiz dan badan NGO. Konsert amal seperti ini menjadi satu pendekatan terbaik untuk kita melakukan kerja kebajikan dan membantu mereka yang memerlukan. Ini satu peluang untuk barisan penyanyi atas usaha pencetus ideanya, Datuk Abdullah Ghani Kasim.

“Seremban pula dipilih sebagai lokasi untuk peminat yang berada di Lembah Klang dan selatan tanah air. Jadi, mereka yang menetap di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Melaka boleh sama-sama ke Seremban, Negeri Sembilan untuk berhibur sambil beramal,” katanya.

Untuk info, harga tiket boleh didapati serendah RM400 (Bronze Seat) dan RM800 (Silver Seat) buat mereka yang membeli secara individu.

Pembelian boleh dibuat menerusi panggilan telefon Pembelian boleh dibuat menerusi panggilan telefon 013-2777009 Kamal / 019-6081325 Haiqal / 019-6081326 Ziera/ 011- 10751801 Syeida / 012-3330938 Manja.

Padin