Hiburan By: SGMS Faida November 26, 2019 @ 2:05pm

Potong Rambut Dewi Watak ‘Johanna’, Cayalah Ayda Jebat!

Demi menjayakan watak Johanna dalam drama bersiri Bukan Gadis Biasa yang baru memulakan penggambaran semalam, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat nekad memotong rambut pendek.

Tampil dengan potongan rambut ‘pixie cut’, Ayda berkata, dia gembira dengan penampilan terbaharunya itu.

“Ini pengalaman pertama saya memotong rambut sependek ini. Sebelum ini, saya pernah menggayakan rambut palsu, tapi kali ini mahu cabar diri selain tampil lain.

“Meskipun berambut pendek, saya tak rasa ia teruk sangat. Saya teruja dan gembira dengan penampilan baru ini,” katanya kepada Harian Metro.
 
Menurutnya, ketika dimaklumkan pihak produksi yang wataknya memerlukan dia berambut pendek, dia tidak berfikir panjang untuk berbuat demikian.
 
“Saya terus bersetuju dan bersedia dengan imej berambut pendek.

“Lagipun saya mahu sesuatu yang berbeza dan diingati oleh penonton apabila drama bersiri ini muncul di kaca televisyen kelak,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 13 Feb 2020
Hiburan Thu, 5 Sep 2019

Noor Nabila Lebih Bahagia Selepas Bercerai?

Doakan yang baik-baik saja buat Bella…

Featured Tue, 7 Jun 2022

“Saya Akan Ulang Lagu Berkali & Menangis Kerana…” – Diana Danielle Teruja Kolaborasi Dengan Calum Scott

Tahniah!!!! Pergh walaupun bukan penyanyi tapi Diana Danielle dapat collab dengan artis antarabangsa weh

Trending Thu, 3 Dec 2020
Hiburan Sat, 2 Feb 2019
Events Tue, 12 Feb 2019

Learning New Skills With Your Loved One Will Be Sure to Strengthen Bond

Here are a few workshops you can join with your partner.