Projek Baru? Tunggu Dulu, HUJAN Nak Rehat

Sambutan di konsert yang menggabungkan kumpulan indie senior dan junior ‘ Hujan Vs Masdo’ pada minggu lalu memang meriah!

Dengan kehadiran hampir 5,000 penonton, boleh dikatakan semua mereka yang hadir pada hari itu berpuas hati. Enjoy beb! 

Bagi vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh memberitahu dia dan anggota mahu bercuti sebentar selepas kepenatan membuat segala persiapan konsert sebelum ini.

“ Boleh kata hampir sebulan kami amat sibuk membuat persiapan. Awal pagi kami dah bangun untuk ke rangka promosi.

“ Paling tak boleh lupa, Hujan pernah dua hari tak tidur demi memastikan konsert ini berjalan lancar. Pendek kata, persiapan konsert kali ini memang dasyat,” katanya kepada xtra.com.

Tambah Noh, buat masa ini kesemua anggota Hujan berehat dari segala aktiviti sebelum tampil dengan projek terbaru.

“ Tawaran show masih ada tetapi untuk single baru, belum lagi. Ada saja tawaran walaupun kami jarang tampil di kaca TV. Rezeki di tangan Allah bukan di tangan manusia,” akhiri Noh.

Apapun, konsert Hujan Vs Masdo memang terbaik! Kami harap dorang akan bergabung sekali lagi di pentas berskala besar pada masa akan datang. 

SGMS Faida