PRU-15: Saat Akhir Umum Tarik Diri Jadi Calon Parlimen Gombak, Diva AA Masih Tekad Menentang Azmin Ali

Pengacara kontroversi, Azwan Ali membuat keputusan menarik diri daripada bertanding pada saat akhir kerana dia akan memberi sokongan kepada Pakatan Harapan (PH).

Memetik laporan Harian Metro, Azwan atau mesra disapa Diva AA merupakan calon terawal yang tiba di pusat penamaan calon Parlimen Gombak di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu namun tidak menyerahkan boring penamaa calon.

Menurut Azwan, dia menyatakan bahawa dia akan memberi sokongan kepada PH kerana ia sebuah parti yang konsisten dan membawa hala tuju baru.

“Ya saya akan memberi sokongan kepada PH, PH adalah parti konsisten, jadi rakyat Malaysia undilah parti yang boleh bawa kita ke arah baharu,” ujarnya.

Terdahulu, Diva AA mengumumkan bahawa dirinya akan bertanding atas tiket calon Bebas bagi kerusi Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum Ke-i5 (PRU-15).

Azwan, 56, difahamkan berarak bersama dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dari Jabatan Sungai Chin-Chin ke pusat penamaan tersebut pada 8 pagi.

Namun begitu, Azwan masih bertekad untuk terus menentang abangnya, Datuk Seri Azmin Ali walau di mana dia bertanding.

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari