Featured By: Maya Basir December 9, 2022 @ 3:14pm

Puteri Sarah Persoal Motif Individu Kerap Tinggalkan Kata-Kata Berbaur Hasutan Mengenai Isu Rumah Tangga

Pelakon Puteri Sarah mendedahkan sering menerima komen yang berbaur hasutan untuk memisahkan hubungannya bersama suami, Syamsul Yusof.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, individu tersebut dipercayai sering meninggalkan komen tentang hubungan suaminya dengan wanita lain.

Apabila ditanya tentang sumber bukti yang diterima, individu tersebut mengatakan dia menjumpainya di TikTok.

Menurut Sarah, dia sudah lama berdiam tapi lama kelamaan individu tersebut masih lagi berbuat demikian sehingga menimbulkan persoalan tentang motifnya itu.

“Makin lama diam, makin menjadi komen. Setiap kali post mesti ada komen saya tapi saya buat tak tahu. But this time around nak tanya apa motif you eh?

Terdahulu, Sarah enggan mengulas lanjut mengenai status perhubungannya bersama Syamsul.

Bagaimanapun, Sarah berkongsi yang suaminya itu masih menjalankan tanggungjawabnya seperti biasa termasuklah memberikan nafkah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Masih Bagi Saya Nafkah & Jalankan Tanggungjawab…”- Puteri Sarah Ulas Status Terkininya Dengan Syamsul Yusof

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 13 Jun 2024

Aliff Aziz, Bella Astillah Sah Cerai Talak Satu Kali Kedua

Rumah tangga pasangan selebriti sensasi Aliff Aziz dan Bella Astillah akhirnya menemui titik noktah apabila mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini. Aliff melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie, Wan […]

Trending Mon, 1 Jun 2020
Trending Mon, 11 Oct 2021

Isu Kru Dijangkiti Covid-19, Pelakon Positif Dadah: “Kerajaan Bagi Kebenaran, Patuhi SOP” – Fadzil Teh

“Saya harap isu yang timbul tidak membuatkan pihak berwajib menarik balik kebenaran untuk kami meneruskan penggambaran,” begitulah kata-kata penerbit popular, Fadzil Teh ketika diminta mengulas mengenai dua insiden yang sedang hangat diperkatakan melibatkan warga industri […]

Trending Mon, 22 Mar 2021

Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin Sehingga RM 500,000 Untuk Rakyat

Bantuan buat mereka yang terkesan akibat vaksin

Featured Wed, 21 Dec 2022
Events Thu, 8 Aug 2019

Parut Makin Hilang, Ini Perkembangan Terbaru Adik Ainul Mardhiah !

Semoga terus sihat ye adik Ainul Mardhiah sayang!