Puteri Sarah Persoal Motif Individu Kerap Tinggalkan Kata-Kata Berbaur Hasutan Mengenai Isu Rumah Tangga

Pelakon Puteri Sarah mendedahkan sering menerima komen yang berbaur hasutan untuk memisahkan hubungannya bersama suami, Syamsul Yusof.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, individu tersebut dipercayai sering meninggalkan komen tentang hubungan suaminya dengan wanita lain.

Apabila ditanya tentang sumber bukti yang diterima, individu tersebut mengatakan dia menjumpainya di TikTok.

Menurut Sarah, dia sudah lama berdiam tapi lama kelamaan individu tersebut masih lagi berbuat demikian sehingga menimbulkan persoalan tentang motifnya itu.

“Makin lama diam, makin menjadi komen. Setiap kali post mesti ada komen saya tapi saya buat tak tahu. But this time around nak tanya apa motif you eh?

Terdahulu, Sarah enggan mengulas lanjut mengenai status perhubungannya bersama Syamsul.

Bagaimanapun, Sarah berkongsi yang suaminya itu masih menjalankan tanggungjawabnya seperti biasa termasuklah memberikan nafkah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Masih Bagi Saya Nafkah & Jalankan Tanggungjawab…”- Puteri Sarah Ulas Status Terkininya Dengan Syamsul Yusof

 

Maya Basir