’Ragaman’ Selit Unsur Jenaka, Faizal Tahir Tampil Kelainan

Kali ini, single terbaru Faizal Tahir berjudul Ragaman menampilkan kelainan ketara.

Menerusi single terbarunya ini, Faizal memberitahu dia menyelitkan elemen ‘Reggae’  dengan nafas baru.

“ Lagu ini mengisahkan seorang suami yang sabar melayani kerenah isteri yang bermacam-macam ragam.

“ Istimewa tentang Ragaman kerana sentuhan nuansa pop 60an dan menggunakan bahasa pasar yang diselitkan unsur jenaka,” katanya.

Tambah Faizal, jika sebelum ini dia sering membawa lagu berunsur ‘serius’ tetapi Ragaman memperlihatkan konsep lebih santai.

Akui Faizal, proses rakaman Ragaman mengambil masa yang begitu cepat.

“ Sepanjang saya jadi penyanyi, rakaman lagu ini merupakan single paling cepat disiapkan.

“ Pada umur saya ketika ini, seharusnya masa untuk saya mencari benda baru dan saya bersyukur dikurniakan bakat dapat menulis dan menyanyikan lagu saya sendiri. Alhamdulillah, saya puas,” katanya.

Khabarnya, suara anak- anak Faizal turut diselitkan dalam lagu ini nanti. Jangan lupa dengarkannya di stesen Hot FM atau Kool FM ya! 

SGMS Faida