Hiburan By: Syamir Shafie October 12, 2023 @ 9:50pm

Ramai Pihak Ambil Kesempatan Atas ‘Hijrah’ Zul Handy Black – “Saya Tukar Genre, Bukan Kerjaya”

Bekas vokalis kumpulan rock, Zul Handy Black meluahkan rasa terkilan kerana menerima tawaran dengan bayaran murah untuk menjayakan persembahan.

Tampil dengan imej Islamik sejak tahun 2020, ramai yang salah faham dengan penampilannya dan menyangka Zul bergelar ‘ustaz’ selepas penghijrahan yang dilakukan.

Memetik laporan Harian Metro, Zul menjelaskan dia masih menerima undangan untuk persembahan nyanyian di karnival-karnival dakwah sama ada secara solo atau berkumpulan bersama-sama Assalam Buskers namun gara-gara berpenampilan Islamik, wujud beberapa pihak yang cuba mengambil kesempatan membayar dengan harga yang rendah.

“Tak dinafikan saya pernah terkena senario ditawarkan harga rendah. Jadi benda itu kita bincang semula untuk memudahkan semua pihak.

“Saya sebenarnya bukan tukar kerjaya tetapi tukar genre sahaja. Apabila orang bertanggapan ustaz-ustaz ini, kena bayar seikhlas hati, murah-murah sahaja, ia memang salah.

“Pada saya tak kira ustaz atau siapa sahaja, tambah lagi saya bukan ustaz pun dan tak sampai lagi tahap itu. Kita pergi stesen minyak pun kalau isi minyak RM10, tetap kena bayar RM10. Nak beli beras pun kalau 10 kilogram dah RM40, tetap kena bayar harga yang sama juga.

“Tak ada pun peniaga kata ustaz bayar ikhlas berapa pun tak apa. Tak dapat pun macam tu. Benda ini kita jadikan salah satu punca pendapatan juga,” katanya.

Tambah Zul, persembahan yang dijayakan merupakan sumber rezeki serta medan dakwah dan bayaran yang diminta adalah berpada-pada dan bukanlah melambung tinggi.

Zul mendakwa terdapat juga penganjur mengambil kesempatan atas penganjuran konsert amal gara-gara dakwaan yang mengatakan ia ditaja oleh pelbagai pihak.

“Bila kita kenakan bayaran bermula dari perbincangan yang pertama lagi dan sudah berjanji nak bagi komitmen dengan minta bayaran, mereka terus kata ia show amal.

“Kalau mereka nak buat amal, buatlah tapi artis kena bayar. Kecuali kalau kami sendiri rela hati turun padang buat kebajikan itu cerita lain,” katanya.

Rentetan itu, Zul berharap agar orang ramai mengubah ‘mindset’ mereka terhadap beliau serta persembahan amal yang dianjurkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 Oct 2018

Wak Doyok Hadiahkan Ibu Banglo

Rumah kayu buruk, kini bertukar menjadi rumah banglo hadiah buat ibu Wak Doyok

Hiburan Wed, 27 Nov 2019
Hiburan Sun, 11 Aug 2019

Baju Raya Kris Dayanti Dilabel ‘Aneh’?

Okay tak pilihan baju Kris Dayanti kali ni?

#BabyXTRA Fri, 7 Apr 2023

#BabyXTRA: Hamil Anak Kedua Buat Emma Maembong Lebih Matang… Elak Sifat Boros!

Semoga selamat bersalin anak kedua Emma! 🥰❤️

Featured Fri, 26 Aug 2022

Lepas Akaun TikTok Manchester United Guna Sound, Kini Ryan Bakery Terima ‘Bluetick’ Pula!

Semart wooo 👏 Tahniah budak bedak! Teruskan berkarya🔥