Respon Mereka Positif – Siti Nurhaliza

“Mereka dengar apa yang saya sampaikan berhubung industri dan saya gembira dengan respon mereka yang positif,” demikian respon penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin berhubung pertemuannya bersama Majlis Penasihat Kerajaan, sebentar tadi.

Pertemuan yang diadakan di Menara Ilham itu menyaksikan kehadiran beliau untuk memberi maklum balas dalam industri nyanyian.

“Saya diminta untuk menulis semula memorandum tentang apa yang saya sampaikan untuk dibincangkan,” katanya selepas pertemuan dengan Majlis Penasihat Kerajaan selesai.

Perbincangan dengan Siti Nurhaliza merupakan salah satu pertemuan dengan beberapa penggiat seni dalam negara yang diatur Majlis Penasihat Kerajaan pada hari ini.

Selain beliau, turut dijemput untuk memberi maklum balas dalam bidang seni adalah Jo Kukathas, Eddin Khoo, Hassan Muthalib dan bekas Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Datuk Kamil Othman.

SGMS Faida