Setelah enam minggu dalam Arena Bintang Bersama Bintang 2018 (BBB 2018) akhirnya kesemua peserta telah memberikan komitmen yang terbaik dalam mempamerkan idea dengan lawak-lawak yang pastinya mencuit hati dan mendidik penonton dalam setiap lawak yang ditampilkan. 

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam akhirnya, juara program realiti lawak Bintang Bersama Bintang 2018 telahpun diketahui. Ternyata, tuah milik Mark Adam kerana berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM100k. Dengan berkolaborasi bersama Pelakon Lelaki Terbaik Filem, Anugerah Skrin 2017, Khir Rahman nyata adalah gandingan yang mantap buat Mark Adam. Dengan membawakan sketsa yang dinamik dan sinonim dengan isu semasa, Mark dilihat semakin matang dalam memilih lawak yang ingin ditampilkannya setiap minggu. 

Antara aksi Mark Adam ketika persembahan di BBB 2018 semalam

Selain itu, Followers dan peminat Mark yang konsisten dari minggu pertama sehingga minggu Final ini juga merupakan salah satu faktor yang perlu diambil kira dalam kemenangan Mark Pada Ahad.

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Perancangan TV3 & TV9, Rangkaina Televisyen Media Prima Berhad, Puan Zurina Othman

“Kami amat berpuas hati sepanjang enam minggu siaran Arena Bintang Bersama Bintang 2018 kerana penerimaan yang amat baik oleh penonton seluruh Malaysia. Dari minggu ke minggu, jumlah tontonan Arena BBB meningkat dan amat memberangsangkan. Justeru, dengan siaran peringkat akhir super Bintang Bersama Bintang ini, kami berharap penonton dapat berhibur dan menerima mesej yang disampaikan dalam sketsa-sketsa lucu namun membawakan isu-isu terkini disekeliling kita.” Katanya

Mark berjaya membawa pulang RM100K

Antara lima peserta lain yang berjaya ke minggu final Bintang Bersama Bintang 2018 ialah, Shuk, Achey, Ajak, Mark Adam dan Issey. Manakala, Abam terpaksa akur dengan penyingkiran kerana tidak berjaya memenangi hadiah mingguan setakat enam minggu Arena Bintang Bersama Bintang 2018.

Kepada peminat ataupun followers yang ketinggalan untuk menyaksikan episod penuh BBB 2018, jangan risau anda boleh menyaksikan siaran ulangan program ini hanya di tonton.com.my!

Salma Syahbuddin