Categories: Hiburan

Roslan Shah Tidak Mahu Panjang Cerita

Tak mahu panjangkan pergaduhannya dengan Ifa Raziah, pelakon dan pengacara Roslan Shah membatalkan sidang media pada Jumaat ini, (12 Januari). Menerusi kenyataan dikirimkan kepada BH Online, Roslan berkata, keputusan itu dibuat kerana dia tidak mahu memanjangkan isu berkenaan.

“Atas nasihat banyak pihak dan semangat sesama (orang) Islam, saya tidak berhasrat memanjangkan lagi isu ‘perang mulut’ antara saya dan Ifa Raziah.

“Dengan ini, saya membatalkan pertemuan dengan pihak media. Atas nasihat ramai juga, saya takkan membuat sebarang ulasan atau maklum balas berkenaan hal itu lagi selepas ini,” katanya.

Sejak akhir-akhir ini, kedua-dua selebriti itu sering berkongsi status di laman sosial yang mendedahkan wujudnya hubungan kurang baik antara mereka.

Perang mulut antara kedua-duanya memuncak apabila Ifa, 42, mendakwa selebriti kelahiran Singapura itu memburuk-burukkan anak dan suaminya.

Sumber: BH Online

SGMS Putri