Saham Makin Naik Lepas Tengok Cara MK K-Clique Layan Isteri, Netizen Komen: “Dulu Tak Minat Pun, Bila Dah Kahwin Ni Nampak…”

Sejak mendirikan rumah tangga Jumaat lalu, gelagat ahli kumpulan K-Clique, MK bersama isterinya, Siti Hajaar sering menjadi tumpuan dalam kalangan warganet di media sosial.

Malah, hampir setiap perkongsian di media sosial turut mempamerkan kemesraan penyanyi rap itu bersama isterinya di majlis resepsi yang diadakan pada Sabtu lalu.

Menerusi perkongsian yang tular di TikTok, rata-rata warganet turut meluahkan rasa kagum terhadap MK selepas melihat caranya melayani isterinya sepanjang majlis itu berlangsung.

Kebanyakan warganet turut mengakui jelas terpancar wajah bahagia MK mengahwini wanita yang dicintainya, Siti Hajaar kerana tidak lekang matanya menatap wajah isterinya itu ketika majlis.

@scarfpengantin Replying to @maya ni #Mkkahwin #sitihajaar #mknikah ♬ Kenangan Terindah – SAMSONS

Menjengah ke ruangan komen, ada juga yang mengakui mereka turut terminat penyanyi rap itu selepas melihat gelagatnya bersama isterinya selepas berkahwin.

Malah, mereka juga menyifatkan Hajaar seorang wanita yang beruntung kerana memiliki suami yang begitu romantis dan penyayang.

Fatin Nurain