Featured By: Salma Syahbuddin November 27, 2023 @ 5:48pm

Salah Lirik Nyanyi Lagu Dawai, Ernie Zakri Buat Permohonan Maaf – “Saya Mengaku Salah, Memang Salah!”

Penyanyi popular Ernie Zakri mengaku kesilapan yang dilakukan ketika konsert Patah Hati 2.0 yang berlaku di Zepp, Kuala Lumpur baru-baru ini apabila ada dalam kalangan peminat yang menegur kesilapan lirik lagu yang dibawakannya pada malam tersebut.

Menerusi perkongsian di TikTok miliknya, Ernie mengaku dia belum terbiasa dengan lirik lagu bagi runut bunyi filem Air Mata Dihujung Sejadah itu memandangkan pada minggu  berkenaan dia sedikit sibuk.

“Saya nak bagitahu satu rahsia, saya memang salah. To be honest lah kan saya nak cerita ni kenapa saya salah… saya mengaku saya salah, saya memang salah! Takda prompter.

“Umur saya 31 tahun. Saya sudah start menghafal lirik ketika umur saya 9 tahun. Otak saya suda tidak berfungsi lagi ketika umur saya 31 tahun. Itu bukan alasan ya, tapi mungkin kerana saya tertukar-tukar lirik tu. Lirik dia macam sesuai letak, jadi kita main letak je.. rupanya salah. Tahu dah salah, tapi macam kita teruskan je lah.

“Kita salah tau, kita memang mengaku. Lagu tu to be honest ketika saya diberi tugas untuk menyanyikan lagu Dawai oleh konsert Patah Hati saya tak sempat nak dengar betul-betul lagi lah. Saya memang tahu chorus dia sebab bila tengok dekat TikTok ni tahu je, tapi saya tak tahu lirik daripada awal. Saya boleh recalled lah sikit-sikit. Maksudnya kita tak familiar dengan lagu ni dan kita tahu dia punya chorus je.

“Dan minggu konsert tersebut berlangsung, saya memang sedikit sibuk. Tapi ni bukan alasan, saya hafal jelah dan masa rehearsal  kita hafal tapi bila konsert… tengah nyanyi feel tu sampai time tu lah lupa lirik,” katanya.

Dalam pada itu, Ernie Zakri atau nama penuhnya Nur Ernie Shahirah Zakri berkata, ketika konsert berlangsung prompter juga tidak disediakan sekaligus menyukarkan untuknya menghafal lirik tersebut.

“Itu memang normal terjadi dan ia terjadi kepada saya. Masa tu memang lirik dia saya ulang-ulang je.

“Tapi, saya tetap hafal juga sebab saya tahu tiada ‘prompter’. Semasa latihan saya sangat yakin, tapi bila menyanyi dan menghayati sampai rasa seronok, saya lupa lirik,” jelasnya.

Terdahulu, menerusi Konsert Patah Hati 2.0, Ernie tampil menghibur lebih 2,000 penonton dengan menyanyikan beberapa single popular miliknya seperti Korban, Ku Bersuara dan Masing-Masing.

Selain Ernie dan Syamel, Konsert Patah Hati 2.0 anjuran ANS Diversified Sdn Bhd turut menampilkan lima penyanyi lain iaitu Aisha Retno, Nadeera, Ismail Izzani, Naim Daniel dan Neeta Manis.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 1 Mar 2018

Lagi Netizen Kecam, Lagi Saya Nak Buat Lagu – Neera Azizi

Wow! pelakon baru  ini nampaknya cuba caras kehangatan berita sensasi dan kontroversi  yang dicetuskan Neelofa menerusi majlis pelancaran koleksi tudung Be Lofa yang berlangsung di Zouk, baru-baru ini, apabila nyanyian kelautnya, dikatakan berjaya mengalih seketika tumpuan […]

Hiburan Tue, 2 Aug 2022
Featured Sun, 23 Sep 2018
Trending Sat, 22 Jun 2019

世界最孤独房屋!独享「全岛海景」却没人敢住

拥有开阔视野的「海景房」在旅游时通常特别受人欢迎,但冰岛却有一栋乏人问津的海景房,并不是每个人都能忍受得了的。

Hiburan Thu, 21 Mar 2019

Remy Ishak Putus Tunang

Walaupun sudah putus, Remy tidak menolak jika dia dan Ezza kembali bersama…