Sarah Suhairi Idam Duet Dengan Penyanyi Lelaki Popular, Siapa Tu?

Penyanyi Sarah Suhairi mengaku menyimpan hasrat untuk berduet dengan idolanya, Alif Satar.

Kata Sarah ketika ditemui Xtra, dia menyifatkan penyanyi lelaki itu antara penghibur terbaik tanah air yang memiliki karya berkualiti.

“Sejak sebelum bergelar penyanyi lagi, saya merupakan peminat tegar Alif. Saya meminati semua lagu nyanyiannya.

“Buat masa ini saya belum berkesempatan berduet dengan dia. InshaAllah kalau ada rezeki, selain Kak Dayang Nurfaizah, saya mahu ada sebuah lagu bersama abang Alif,” katanya ketika ditemui di sidang media pengumuman Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 32 di Hotel Tamu, malam tadi.

Sementara itu, Sarah kini dalam rangka promosi single ketiganya bertajuk Rise And Fall hasil ciptaan komposer terkenal, Faizal Tahir dan Mike Chan.

“Alhamdulillah, lagu ini mendapat sambutan baik dari pendengar malah jumlah tontonan di Youtube juga sudah mencecah 300,000 penonton selepas dua minggu,”akhiri penyanyi berusia 19 tahun ini.

SGMS Fas